Thursday, June 11, 2009

Kentang Scrambled Eggs Gravy

Haii, ada yang dah rindu nak tengok resepi akak ke? Sian..Hehe..kali ni pelik je nama dish ni eh..separuh melayu separuh omputih...dah itulah nama resepi asal yang akak ceduk dari Mesra.net Resepi ni...or can I name it as Potato With Scrambled Eggs Gravy, right? Apa-apa aje laa...jangan gaduh2..hehe, cuma x suka jugak nak rojakkan bahasa kan...bahasa menunjukkan bangsa kan...hahaa...k, meh salin resepi, sempoi tp sedap nih! Sure kids would like it...
Bahan:-
  • 2 biji telor
  • 6 biji kentang sederhana
  • 3 biji lada merah/hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • Lada sulah
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili giling
  • serbuk perasa (optional)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
  1. Kupas kentang dan hiris sederhana nipis. Goreng kentang hingga empuk dan kekuningan sedikit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan lebihkurang 3 sudu besar minyak dan pecahkan telor. Kacau goreng seperti membuat scrambled egg.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, lada sulah, kicap dan sedikit air asam jawa untuk dapatkan rasa sedikit masam.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Biar agak pekat sikit.
  5. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan kentang, telor dan kuah kicap sebati dan masak di dalam kuali.
  6. Masukkan lada hiris tadi untuk memberikan sedikit rasa pedas. Gaul rata.
  7. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh diratah begitu sahaja.

5 comments:

ain said...

boleh try resipi kacukan ni. nmpak mcm sng je nak buat!

ummi said...

Ain - Aaahh senang banget! Tp mesti laku nya dengan budak2..hehe

Ummu Aqil said...

salam akak...
menu nih nampak pelik...tapi budak2 sure suke...

Asma said...

ngah..bila nk letak bwg2 n cili giling tu?nak tumbuk ke..hiris ke..lepas goreng telur ke..sblm goreng telur?

MamaFaMi said...

Nama campur tu, tanda dia muhibbah! Hehehe...