Tuesday, June 23, 2009

Dark Chocolate Pudding With Custard Sauce

Okayyy ni antara dessert yang akak sediakan masa adik akak baru sampai ke rumah akak Jumaat lepas...kira jamu mata je la yaa...Memang sedap!!! Nak buat pun senang...tu la pasaiiiii..heheee....Ni je yang tinggal dan sempat akak snap gambar..yang lain dah kena telan...Resepi dari Denhaag Ladies ni...so akak translate la yaaa...Cuma bahan sos kastad tu akak buat je dari resepi Kak Liza..adjust2 sikit..
Bahan:-
  • 3 sb. tepung jagung
  • 3 sb. gula kastor
  • 2 sb. serbuk koko
  • 1 cawan semi-sweet chocolate chips
  • 2 cawan susu skim (*akak guna je fresh milk)
  • 1 sk. esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Campurkan tepung jagung, serbuk koko dan gula dalam periuk/saucepan. Gaul biar rata.
  2. Masukkan susu skim, chocolate chips dan kacau hingga rata.
  3. Letakkan periuk/saucepan atas api perlahan dan kacau selalu hingga bahan mendidih.
  4. Perlahankan lagi api dan kacau2 selalu selama 3 - 4 minit lagi atau hingga adunan nampak pekat sikit dan berkilat.
  5. Masukkan esen vanila dan kacau. Tutup api.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas2 pudding kecil atau custard cups. Boleh dihidang suam2 atau sejukkan dalam fridge selama 2 jam.
Bahan Sos Kastad:-
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu besar kastad
  • 1 sudu besar gula (optional)
  • 1 sk esen vanila

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata dulu. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga agak pekat. Sejukkan dan tuang atas pudding sebelum makan.

6 comments:

MamaFaMi said...

Amboi mak, lawanya puding!

CatlinaFly said...

adoi..amik tisu jap nak lap air liur gagagagagaga..(mulut ternganga & ngences sekali..gulp!)

Anonymous said...

Bestnye resipi ni Kak Ummi.. senang je nak buat nye ek... pakai tepung jagung pun boleh keras ek... nak try la nanti...:)

mrs shaifull said...

sedapnya, nnt nak try lah :) btw, salam kenal.

mrs shaifull said...

kak, nak tanya soklan bodoh dr org yg x pandai masak :) hehehehe

sudu besar tu sudu biasa ke, sudu yg mcm senduk tu? tq

ummi said...

Mama -
hehe..kurang lawo la tu Mama..nak keluarkan dari acuan tu ada sikit lekat loo..hehe, tp rasanya mmg ngam!!

Catlina -
Hahaa..ngencess eh..pergi wat cepat..senang je tu..sambil dodoi baby leh siap dah..hehe

Ijan -
Aah senang..ala-ala kita kacau nk wat kastad untuk puding berkuah tu jgk laa..kacau smpai berkilat atas api perlahan k! Boleh adjust tmbah air sikit kalu rasa x masak lg..

CT Noramiza -
Salam kenal, thanks sudi singgah dpur akak nih...xpa, xtau kita bertanya kan..sudu besar = sudu makan kita tu laa..kalau sudu kecil = sudu teh (yang kecik tu lee)..okayyy!