Disebabkan nama masakannya yang pelik la buat akak teringin nak rasa masakan siam ni..Ceduk dari dapur Nor@Secubit Garam tu jugak sekali dengan pes cili sangai kat bawah tu...Memang sedap laa...Anak akak, Najwa pun cakap sedap...cuma akak guna ikan tilapia yang dibeli semasa balik dari kenduri di Temerloh weekend baru ni..berhenti kat Jalan Triang tu banyak orang jual ikan sangkar..patin dan tilapia, cuma saiz ikan sekarang ni xda la besar sangat...akak beli 4 ekor tapi bagi kat my mom 2 ekor..meh layaann ni...sedap makan dengan nasi panas2 gitu...Thanks Nor n akak nak kopipes jugak laa..ampuuuunn...maleh nak menaip dah ni..
Bahan:-
1 ekor ikan siakap (akak guna tilapia, next time cari siakap..)
Bahan2 Sos:-
- 1/4 cawan bawang putih
- 1/4 cawan bawang merah
- 3 helai daun limau purut
- 2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
- 3 batang serai
- 3 - 5 bj cili api
- 3 sudu besar sos ikan
- 4 sudu besar air limau nipis
- 2 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar pes cili sangai
Cara Menyediakan:-
Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api. Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td. Boleh la dihidangkan..
1 comment:
Bertaman taman pulak akak kali nie ek...best la nampak ikan talapia bertaman nie. Ada rasa serai2 gitu ye kak...yummy.
Post a Comment