Monday, June 15, 2009

Mariah Curry

Dah lama sangat teringin nak rasa Mariah Curry ni...tengok Mat Gebu tayang haritu, mengencess air liur akak...rupanya mmg wallaaaahhhhh...sedap uiiii....memang bagus untuk org diet ni, sebab x menggunakan santan...tp rasa tetap meriah! Tapi dari mana datang nama Mariah tu, kena tanya Mat laaa, tp yang pasti tukang masaknya bukan Mariah Carey, hehe...thanks ya Mat.

Bahan:-
  • 1 kepala ikan jenahak (akak guna bawal besar n kerat dua)
  • 1 biji terung bulat
  • 6 - biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat)
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar cili kisar *
  • 3 camca besar rempah kari ikan *
  • 1/2 cawan air*(bahan bertanda (*) disatukan dan kacau rata)
  • garam dan gla secukup rasa
Bahan Kisar Halus:-
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci belacan, di bakar
  • 1 inci kunyit hidup
Bahan Tumis:-
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dipotong sederhana, cuci lagi dan toskan. Terung dibelah 2 dan dipotong 4 bagi setiap belahan dan rendam dalam air yang diletak sedikit garam. Tomato dibelah 2 setiap biji. Cili merah dibelah dua tak putus. Ketepikan semua dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga layu dan naik bau. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api.
  3. Tambah bancuhan rempah kari bertanda (*) dan masak hingga terbit minyak.
  4. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  5. Masukkan ikan dan terung. Tuang jus asam jawa dan kacau. Biar mendidih.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit.
  7. Masukkan belahan cili merah, tomato dan kacang bendi. Biar mendidih.
  8. Seimbangkan rasa dan matikan api.
  9. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran. Resepi asal ada ditulis, kari ni boleh juga dimakan dengan mee hoon..nnt kita try pulak dgn mee hoon..

6 comments:

cikgu jue said...

hmmm.... tpt ju di perak nu panggil 'kari n popular dikalangan org ke laut yg msk atas bot n xde stok santan...

ain said...

saya pun ngences tengok akak nyer mariah curry ni!!!

Ummu Aqil said...

wah akak...nih pon cam ngences gak nih...

Anonymous said...

Meriah sungguh mariah curry nie..terliur plak.

MamaFaMi said...

Mesti tersedak sedak budak Mariah Carey tu...asik disebut orang namanya.. hahaha...

ummi said...

Jue -
Pasni bukan orang Perak je la makan kari camni..rata2 semua leh try..hehe

Ain -
Haha..ngencess gak eh..kena buat cepat la tu..

Aishah -
Haha..ada2 je Aishah..tp kalu ngencess, kena try laa..

Blogresepi (Ijan) -
Yeap..memang meriah Ijan..ramai2 makan sambil nyanyi lagu Mariah Carey...hehe

MamaFaMi -
Aah la Mama, harus si Mariah Carey tu datang cari Mat dulu..pandai2 je letak nama dia x byar komisen pun..