Saturday, June 27, 2009

Daging Embel Bali

Ni pun lauk dinner dengan masa adik lelaki akak singgah rumah semalam...Sebenarnya tengahari semalam macam biasa lah hari Jumaat, waktu rehat lama sikit, so akak sempatlah sediakan bahan dan rebus daging ni sampai empuk...tapi proses daging ni x habis sampai situ jek. Kena goreng pulak, jadi balik kerja petang semalam, akak just goreng je laaa...memang remeh sikit nk buat tp, walllaaaaahhh..Resepi asal dari Mami Asmah Laili tapi akak ceduk dari dapur teruna kat Kulai tu laaa...hehee..sapa lg Mat Gebu leee, betullah kata ko, "mintak ampuuunnn, sedaaappp!!!"...Ala-ala satay pun ada, ala-ala daging BBQ pun ada...

Bahan:-
  • 1 kg. daging batang pinang - hiris nipis lebar2, cuci dan toskan (akak guna bahagian daging biasa je, hiris kecil sikit, senang nk ngap! )
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 helai daun salam (akak guna dried bay leaf)
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar gula melaka (akak letak separuh gula kabung)
  • garam secukup rasa
Bahan dikisar halus:
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 2 1/2 camca besar ketumbar biji
  • 1 camca besar jintan manis
  • 1/2 camca besar lada hitam biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras
Cara Memasak:-
  1. Masukkan daging ke dalam periuk, tuangkan bahan-bahan kisar, gaul rata dan masukkan juga serai, daun salam/bay leaf dan daun limau purut. Tambah air hingga separas daging. Masak hinga mendidih.
  2. Masukkan garam secukupnya (jangan banyak2) dan rebus hingga daging lembut.
  3. Masukkan pula gula melaka dan masak lagi dengan api perlahan hingga kuah kering (seakan-akan rendang). Alihkan ke dalam bekas dan biarkan daging sejuk.
  4. UNTUK MENGHIDANG : Oleskan sedikit minyak dalam non-stick pan, goreng daging tadi hingga kedua-dua bahagian menjadi kekuningan (bergantung kepada kuantiti, Mat goreng 7 - 8 keping sekali).
  5. Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan sambal belacan.

1 comment:

Anonymous said...

Daging masak apepun kite suke... nampak menyelerakan betul yg kak Ummi masak nie... kite takde daging..tumpang makan kat sni jer lah ek.hehe