Ikan tombak???? X pernah dengar dan tak pernah makan ikan ni..xda rupa tombak pun..hehe..Akak saja je beli nk merasa..tengok rupa ala-ala ikan kerisi, tapi leper dan lebar sikit..isi lebihkurang jek! Ni masakan hari jumaat malam kelmarin dah..x sempat posting sebab lepas tu bz wat kek sikit malam tu..kepenatan daahhh..
Hari Sabtu pagi akak, hb dan Aiman bertolak ke Lurah Bilut, Bentong untuk menziarah tokwan yang tak berapa sihat selepas terjatuh dalam bilik air Selasa lepas, Abanglong n kakngah x ikut sebab kakngah kerja part time (memang x leh duk rumah ni, x suka dengar mak dia berleter kot..hehe), so abanglong kena teman laa..Akak ni kira lewat sikit menziarah sebab ada kerja kat ofis yang x boleh tinggal or serah kat orang lain..kena setel gak last week. My parent dan semua adik2 ramai yang dah balik bergilir2 minggu tu...akak ni kira penutup la yang menziarah tok dan wan...tidor semalaman kat sana..Balik singgah Temerloh makan kenduri dan singgah kampung hubby pastu terus ke kampung akak jap. Maghrib tadi tiba ke rumah...Ok layaaannn...pernah masak dah, cuma selalu akak letak cili kisar kasi merah2 sikit, nenas or timun...tp yang ni just ketuk cili padi thai tu jek..
Bahan:-
- 2 ekor ikan (apa2 jenis ikan je) akak guna ikan tombak ni..ngeee
- 1 labu bawang besar - dihiris
- 3 ulas bawang putih - dihiris
- 8 tangkai cili thai - diketuk sikit
- 1 inci halia - hiris halus
- 1/2 cawan air asam jawa
- 3 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula
- air secukupnya untuk kuah
- garam (optional) sebab taucu dah masin
- Ikan dibersihkan, dikelar dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hampir garing, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan dan tinggalkan 4 -5 sudu besar minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
- Masukkan air asam jawa dan taucu. Biar mendidih sebentar.
- Masukkan ikan dan gula. Renehkan dengan api perlahan.
- Bila ikan telah lembut, padamkan api. Sedia untuk dihidang.
3 comments:
salam ummi
tak pernah lg dengar nama ikan nih...nampak cam sedap je nih...
Tak pernah jumpa lagi ikan nie..tp nampak umpphh gitu lauk masak taucu nie...
Saya suke lauk masak taucu ni. Tapi ikan ni x tau la ikan ape
Post a Comment