Tuesday, June 2, 2009

Ayam Panggang Berempah

Meh ratah ayam meh...Akak panggang ayam ni sempena besday Najiha kelmarin...sedapnya la, 6 beranak makan...licin...ya laaa..ayam pun ntah la, x sebesauuu mana pun...kalau panggang ayam turki tu baru sedap eh..heheee...Ni set ayam panggang dari dapur Kak Liza la jugak...tengok bahan memang sempoi, tapi terangkaatttt!!! Abanglong siap pesan, suh buat lagi..hehe...yo laaa..nanti2 la eh..Thank you so much kak Liza...

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - bersih dan keringkan..(*akak kerat ayam kpd 8 bahagian)
Bahan Mesin:-
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
  • garam secukupnya
Cara-Cara:-
  1. Gaulkan kesemua bahan mesin dan perap bersama ayam untuk beberapa jam.
  2. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam. (akak susun bahagian2 ayam dan bakar dulu selama 30 minit, then terbalikkan ayam dan bakar lagi 30 minit.)
  3. Hidangkan dengan coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad serta fries..

3 comments:

ain said...

sedapnya kak ummi...bila le nak try nih. now ni main beli aje!

^PENGEDAR SHAKLEE PUTRAJAYA^ said...

Sedapnyeeee...
bile la leh cube tah..
klu ade kerajenan mcm kak Ummi ni kan beshhh *love*

Anonymous said...

Kalau makan dengan nasi beriani ke nasi tomato ke..mesti sedap jugak nie...