Tuesday, June 2, 2009

Sos Lada Hitam

Sos ni jugak untuk makan dengan ayam panggang berempah...memang sedap...class rasanya!! Thanks Kak Liza, very nice recipe...

Bahan:-
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*akak letak 3 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*akak guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*akak guna fresh milk je)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.