Wednesday, June 17, 2009

Moist Chocolate Cake (Resepi II)

Weee..pagi2 dah tayang kek coklat..buat kelmarin dah ni..Dah macam2 kek coklat dicuba dengan macam2 resepi...semua moist, semua sedap dan pendek kata, semua licin..hehee...Kali ni try resepi dari k.izan@MyResipi tu...sedap teramat...x payah letak topping dah laa...permukaan atas kek pun lembut ala-ala chiffon cake gitu...

Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)
Cara Membuat:-
  1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

4 comments:

D'Classic said...

terliurnya akak..ingat hujung minggu ni nak buat...senang ke ummi, gerenti jadi ka kalau sy buat...heheh

Datin El said...

salam ummi...bole cuba ni ..sedap eh..

Anonymous said...

Alahai ak sedapnye kek coklat nie... stok brownie kite pun dah habeh nie... mintak kek akak cket bleh? heheh..nak mintak yg kerak2 kat tepi tue..:)

Kmal said...

Salam ummi, kmalpun suka buat CMC guna resepi ni...memang gerenti sedap.