Wednesday, June 3, 2009

Strawberry Cake - Best One!!

Taraaaa...mesti terliur ni kan...acah gurau jek! Ni lah kek yang akak buat sempena birthday Najiha pada Sabtu baru2 ni...biarpun rupa di luar x secantik mana..tapi kek ni memang sodaapp...ala-ala sponge cake, tp x la ringan sangat...My kids loved it very much!! Resepi dari dapur Ah Mat Gebu leee...Mat, mmg sedap banget kek nih...nak buat pun senang..time kasih la bebanyak yaa...tapi akak lapis 1 layer jek..x kuasa la nk potong 3, lembut sesangat...kang hancusss dpt kat akak..hehe..Toce, toce ya Mat...
Bahan:- (loyang bulat 9 inci)
  • 5 biji telor gred A
  • 135 gm tepung gandum ) diayak bersam
  • 1 camt. baking powder ) sebanyak 3x
  • 75 ml minyak jagung/sayur
  • 160 gm gula halus
  • 15 gm ovalette
  • 2 camb. susu segar
  • 1 camt. strawberry emulco/paste
Bahan Lain:-
  • Krim putar (whipping cream) secukupnya.
  • Strawberry Filling
  • Chocolate Curls (akak xletak pun)
  • Strawberry segar secukupnya
  • chocolate rice
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven 175C dan lenser loyang dengan butter dan alas dengan baking sheet.
  2. Tuang gula halus dan ovalette dalam mixing bowl, putar biar sekata dan mesra.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telor dan putar pada kelajuan tinggi hingga benar2 kembang dan kental seperti adunan bauhulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar sebati.
  5. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit-sedikit.
  6. Tuang susu segar dan putar rata.
  7. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  8. Tuang dalam tin dan bakar selama 25 - 30 minit. Keluarkan serta-merta dari oven dan terbalikkan atas jaringan. Biar sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik.
  9. Bila kek telah sejuk, keluarkan tin. Potong kek kepada 3 bahagian (akak potong 2 jek).
  10. Letak 1 keping (bahagian bawah kek) atas papan kek dan sapu dengan krim putar dan letak strawberry filling. Tindihkan pula dengan satu keping lagi (bahagian tengah) dan ulangi proses sama. Akhir sekali letak bahagian atas ke atas kek tadi. Hias keseluruhan dengan whipping cream, chocolate curls, buah strawberi dan chocolate rice mengikut kreativiti masing-masing. (akak mmg x kreatif pun..hahaa)

10 comments:

ain said...

kak ummi...patut le td masa gi kedai saya tergerak nak beli strawberry emulco...upernya nak kena buat gak kek ni.hihihi

zaitgha said...

i nak try tapi tak nak letak ovallette....berapa inci cake nih?

cikgu jue said...

yum yum sedapnya...

makcikkantin said...

mmmm sedapnyeee...

ummi said...

Ain -
Haha...nampak gaya dah kena buat la tu Ain, lagipun senang je..akak mana penah letak resepi yang susah2 pun..haha

Zai -
Hai..dah sampai balik Seremban ya..rasa ralat x dapat jumpa u kat Kuantan semalam..maybe next time, insyaAllah..Kek ni kalu dalam loyang 9 inci is about 2 1/2 inch je tinggi..maybe loyang 8 inci dapat tinggi sikit..

Jue mj -
Aahh sedap la kek nih! Sekejap je licin..

Makcikkantin -
Yo laaa sedap ni ciknyaaaa...hehe

Anonymous said...

Kak Ummi, bestnye... gebu sungguh!

MamaFaMi said...

Menderitanya tengok kek Ummi ni!

Haniff said...

Wah menarik sungguh, mmg dah lama teringin nak wat sth yg ada strawberry nih. bleh try bila free nanti.

Kira nih kek nih sejenis kek span ke?

Lepas bakar, masa nak belah kek tuh, kek mendap tak ?

ummi said...

Ijan -
Yeap! Gebuss sungguh! Ala-Ala kek span tp xla ringan sgt...

Mamafami -
Mama, xkan derita camtu sekalik!! Ummi lg derita tgk deco cuppies mama yang kiut-miut tuuu..

Haniff -
Haiii, thanks singgah ya..Kek ni ala-ala kek span, tp xlah ringan sangat..Bila kek dah masak,terus je terbalikkan atas wire rack, itu salah satu cara mengelakkan kek mendap rasanya..tp kek ni xdalah mendap mana sangat..ok je!

Haniff said...

thanks ummi, boleh try nanti ^^