Thursday, June 25, 2009

Masam Manis Udang Dengan Tofu

Semalam hubby outstation sekejap ke Rompin, jadi on the way balik dia singgah beli udang kat bandar Pekan pulak..cantik2nya udang..fresh baru naik dari laut ni...So jadi lauk dinner malam tadi...Tapi punya mati akal dah nak masak apa..last-last selongkar dapur Mat Gebu jugak..hehe..sebab sempoi dan nampak sedap, akak suka la nak masaknya puuun..thanks Mat, akak tambah timun sikit n nak C & P je ni eh..punya la malas nak menaip dah ni...letih jari dah seharian duk kat keyboard di ofis..hehee....Memang sodaappp ni..try laa..
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 - 12 ekor udang sederhana besar (mat guna udang "kaki merah" - x perasan pulak kaki udang byk kaler ya Mat..hehe)
  • 2 tiub tofu jepun
  • 2 biji bawang besar, hiris bulat2
  • ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji tomato, belah 8
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili thai
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1/2 camca teh minyak bijan
  • 1/2 batang timun - buang tengahnya dan potong dadu (ni akak tambah)
  • Sedikit garam, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, gunting kaki, janggut dan hujung kepala yang tajam, korek keluar kotoran di kepala udang, cuci bersih dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
  2. Tofu jepun dipotong sederhana tebal, goreng hingga berkulit, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing, tambah sos cili thai, sos tomato dan minyak bijan, gaul rata.
  5. Tambah air dan masukkan timun, kacau. Kemudian masukkan udang dan tofu tadi, gaul rata dan masukkan tomato, masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan segera.

3 comments:

Kak Nora said...

Umi,
Tadi akak masak goreng udang tauhu juga tapi bukan yang masam manis.

ain said...

aduhhh...lapo kak tengok udang akak ni, tengah posa pulak tu...mmg menggoda tekak betul.

blogresipi said...

Terliur betol tgk gambar udang akak nie... huhu