Friday, June 19, 2009

Baked Macaroni and Cheese

Semalam kat rumah akak ni x makan nasi laa...akak prepared this baked macaroni n cheese...it's so simple to prepare yet very yummy...so cheesy n so satisfied!!! Akak amik resepi dari Jee ni..

Bahan:-
(A) Macaroni
  • 1/2 paket macaroni - akak guna brand San Remo
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah:-
  • 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( i used Prego traditional sauce)
  • 1/2 paket (200 gm) daging cincang Ramly
  • hirisan hot dog
  • 2 keping daun bay (akak guna dried bay leaves)
  • sedikit garam (akak tambah ni)
(C) Sos Putih:-
  • 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 600 ml susu segar
  • 2 - 3 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
(D) Topping - Mozarella

Cara-Cara:-

(A) Makaroni -
  1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
  2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
  3. Angkat dan toskan.
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
Cara Melapis:-
  1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
  2. Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
  3. Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
  4. Taburkan mozarella cheese.
  5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
  6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

5 comments:

ain said...

meleleh air liur saya kak ummi. nak buat gak la.

zaza@mamaHanin said...

salam kak ummi.. waaaahhh... lama zaza tak dtg visit akak taw! sibuk memanjangg... tgk cam syokkk ja macaroni bakar nih, dulu ader wat 2x tapi tak lakuu la kak.. serikkk dah nak buat.. hehehehe.. kalu tringin nk makan mintak kak ummi jer lah buatkan.. boleh ekk?? heeee :)

gerbera said...

waaa.. i loike.mmg plan nak buat ni.tp tunggu dulu. tgh diet.suke suke

FA said...

salam kak ummi, aiyoooo bake macaroni, tengok kat dapur bahan2 pun ada..apa lagii...kita pun buatt lah kann..hehe

ummi said...

Ain - kalu dah meleleh..cepat2 buat..hehe

Zaza@MH - wkumsalam..aah laa..lama x nmpak eh..ni tercium bau baked macaroni baru jengah eh..o x laku kat rumah ya, lain kali antar kat rumah akak, ada tukang perabih! Kalu teringin sangat, insyaAllah boleh je..

Gerbera - O tengah diet eh..hehe..xleh nk cakap apa laaa..telan air liur je eh..

FA - wkumsalam, oo dah ada bahan..layaaannnnn...hehe