Tuesday, June 30, 2009

Pau (Resepi III)

Malam Sabtu kelmarin akak buat pau ni sebab tergoda tengok Jun tayang kat dapur dia baru2 ni..Resepi sape, Jun x ingat daahh..hehe..Akak memang malas betul nak nguli..kalu dekat dengan Jun, mesti dah hulur pinggan jek..Tapi gagahkan jugak buat. Ni buat sarapan pagi Ahad tu dan bekal jugak kat abanglong masa hantar daftar U hari tu..Thanks Jun, senang dan sedap...lembut ala-ala Pau Ahmad camtu..sapa x buat lg baik try cepat..Jun, Ummi copy-paste je yaa..
Bahan:- (lebihkurang 20 biji)
  • *12gm yis
  • *2 sudu besar n tambah sket lagi air (akak letak 3 sudu besar - bahan * dibancuh bersama)
  • 500gm tepung pau/hong kong flour
  • 4 sudu teh double action baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 220ml air
  • 6 sudu besar gula
  • 5 sudu besar shortening
  • Inti kesukaan - akak letak inti kacang merah
Cara-Cara:-
  1. Campurkan yis dan air, kacau. Biar selama 15min.
  2. Ayak tepung dan double action baking powder.
  3. Masukkan garam n gula, gaul rata. Buat lubang di bahagian tengahnya.
  4. Letak campuran yis tadi n gaul rata.
  5. Masukkan air dan gaul rata.
  6. Masukkan shortening n uli hingga jd doh yang licin dan tidak lekit di tangan. Tutup n perap selama 1-1 1/2 jam.
  7. Kemudian keluarkan adunan dan tumbuk2 dan uli sebentar.
  8. Ambik doh, letak inti dan bulatkan. Letak atas kertas minyak yang dipotong kecil2...rehatkan selama 15min.
  9. Kukus selama 12-15 minit. (*akak balut tutup pengukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap dari terkena pau)

5 comments:

Anonymous said...

akak,air tu pkai air sejuk ke?

Siti @ nurie said...

aduh kak...siti beli je brng2nyer, ntah bila nak buat ntah...

MamaFaMi said...

Hish Ummi ni, wat pe la gi ajak ajak buat kuih Pau... Dah tu bagi promosi baiiiikkk punya... bikin wa teruja la...

Ummi said...

Anonymous -
Yeap..guna air sejuk biasa tu jek..

Siti@nurie -
Laaahhh..dah beli apasaii x buat..senang je tu..try laa..

MamaFaMi -
Hehee...mama kan rajin menguli..Ummi ni pakai tgn dua kerat jek..dah barang baik..promosi baik la Mama..haha..meh pakat2 menge"pau"..:D

Nur FatIn aDiLah bT azMi said...

shortening tu apeeeeeee :P *maaf saya budak baru belajar *