Monday, June 1, 2009

Asam Pedas Daging Tetel

Menu hari Jumaat baru ni...bz sesangat, x sempat nak posting awal-awal...dah licin pun..jamu mata je lah yaa...dah tak reti nak masak apa gak dah ni..Resepi asam pedas stail orang Melaka ni, ceduk dari sya_annur@Myresipi. Asalnya menggunakan daging biasa, tapi Ummi tukar daging tetel tu..

Bahan:-
  • 1/2 kg daging (rebus hingga empuk)
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah/1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 inci lengkuas
  • 1 batang serai
(*blend/tumbuk semua bahan di atas kecuali daging, sampai lumat)
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 7 - 8 tangkai daunkesum
  • sedikit rempah tumis (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pala)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Toskan daging yang telah direbus tadi, kemudian hiris. (*ummi terus je hiris daging tetel, basuh dan rebus). (jangan buang air rebusan)
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan rempah tumis bersama dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk tadi. Masak hingga naik minyak dan baunya.
  3. Tuangkan air rebusan daging tadi.
  4. Masukkan daging dan daun kesum, masak hingga mesra dan mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mereneh lagi dengan api perlahan.
  6. Masukkan tomato dan tutup api.

2 comments:

Anonymous said...

Alahai sedapnye. ala2 masak asam pedas kan... kalau ada daun kesum boleh buat jugak ni..kempunan asam pedas dah lama dah.. :)

MyLilBundle said...

salam ummi..
lama x jenguk dapur ummi...
ikshhh mmg dah jangka dah asal masuk sini sure perut berdongdang sayang tgk lauk-pauk yg terhidang!