Sunday, June 14, 2009

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Sesekali dapat sayur kampung camni...best eh..layan je laaa...
Bahan:-
  • 1 ikat pucuk paku - ambil bahagian pucuk dan daun muda
  • 1 cawan santan cair
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 5 - 7 tangkai cili padi - tumbuk
  • 12 - 15 ekor ikan bilis - tumbuk
  • 1 cm kunyit hidup - tumbuk (kalau xda guna je serbuk kunyit)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan cair.
  2. Masak atas api perlahan hingga kuah mendidih.
  3. Masukkan sayur paku dan kacau sebentar.
  4. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa
  5. Masak hingga kuah agak mendidih sambil di kacau.
  6. Tutup api dan terus dikacau sebentar agar santan tidak berkepala/pecah minyak.

3 comments:

Anonymous said...

uhuhuhu..kegemaran saya ni kak... sedapnye.

ain said...

jumaat lepas pun saya masak pucuk paku masak lemak. sedap seh!!!

✿ n0ra ✿ said...

Tgh nak masak hari ni ;)