Tuesday, March 24, 2009

Asam Pedas Daun Pegaga

Menu tengahari semalam...Dah bermacam-macam cara masak asam pedas belum pernah lagi la tengok kat mana-mana orang masak Asam Pedas Pegaga ni...Ummi terjumpa resepi ni dalam majalah Keluarga yang dah lama kelmarin...sedap rupanya letak pegaga ni...no hal punya dengan tekak family Ummi...try laa..
Bahan:-
  • 4 keping ikan tenggiri (*ummi guna ikan merah)
  • secekak daun pegaga

Bahan Kisar:-

  • 20 tangkai cili kering - direndam dengan air panas dulu
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/3 cawan air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 batang kacang bendi
  • 1 biji tomato -belah (jika suka - ummi x letak pun)
  • Air untuk kuah secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak. Letak sedikit air jika perlu dan masak atas api perlahan hingga cili benar-benar masak.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau sebentar. Tambah air untuk kuah secukupnya.
  3. Biarkan kuah mendidih dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan bendi dan biar sebentar. Kemudian masukkan tomato dan daun pegaga. Tutup api. (Atau boleh juga tutup api dulu dan masukkan pegaga, kacau kejap)

2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

nampak sedap asam pedas nih...kena tunggu balik m'sia baru leh wat nampaknya...sini takde daun pegaga...

GreenJade said...

wah resepi baru nih

besa wat ulam jek..