Thursday, March 19, 2009

Donut Mini

Resepi dari rumah Kak Nis @ Mak Daro..really tempting! Punya laa lembutnyaaa...Meh cepat uli donut...
Bahan:- (15 biji donut mini)
  • 200 gm tepung roti
  • 20 gm gula
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp yis kering
  • 140 ml susu segar
  • 20 gm butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
  3. Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
  4. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
  5. Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  6. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  7. Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
  8. Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
  9. Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
  10. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah...ampuuuunn, Ummi mmg malas la nak buat ni..hehe, maybe next time..

Aising Donut:-

  • 4 sudu besar gula aising - ayak
  • 1/2 sudu besar air

Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.

6 comments:

CikMin said...

aduhh kak ummi...ni betol2...meleleh ni...masuk sini td pejam mata jek...tp bukak gak 2belah mata bila nampak my peberet donut...klu yg mini..sekali masuk mulut je ni k.ummi....

Suzi said...

donat min senang utk anak2 makan hihihi

CT Delima said...

k.ummi ct pun suka makan donat ni..tapi lama x buat.petua tu berguna gak kan.kalau nak terap pun ct guna mulut cawan yang tengah nya guna tutup botol jer so cantik ler hehehe

ummi said...

Cikmin - Hehe..kalau masuk rumah akak tutup mata harus terlanggar tiang seri kat dapur ni kang..haa bongkak lak mato tu eh..xyah tutup la kalau tokak jenis berselera kan..tibaii je laa..diet2 tu citer kemudian..haha

Suzi - Yo laa, bukan senang tuk anak2 je, untuk mak bapak sekali ngap jek..hehe

CT - Aah, kat rumah ni ada acuan donut yang besar jek, yg mini xda, so akak bantai guna mulut gelas je lee..hehe

Anonymous said...

salam kak ummi, nk tnye..yis tu xpayah rendam dgn air suam dulu eh? mcm nk try resepi nih..hehe
-ain-

teddy bugs said...

Kalau pakai mulut gelas...tengh nak wat lubang camne