Thursday, March 26, 2009

Apam Marmar

Ni hasil meronda2 tengok resepi Mat Gebu kat MYR tu, terpikat tengok apam marmar dari Indonesia ni..wallaaaahhh..memang sedap, lembut, gebu,halus, mulus gitu...superb!!! Thanks Mat...ni nak C & P je la yaa...
Bahan-bahan:- ( Tin berukuran 10 inci ) - akak guna loyang 8 inci je
  • 250 gm tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-Cara:-

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

1 comment:

shima said...

salam ummi...
gebu sungguh apam tuuuu mcm sponge jekk!
ikshhh sedap tuuu mkn tuk minum ptg..sure cepat jekk licin :P