
Bahan (Untuk Base):-
- 20 keping oreo (buangkan lapisan krim)
- butter secukupnya (lebih kurang 50 gm-dicairkan)
Blend oreo hingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh dikepalkan. Masukkan dan tekan-tekan dalam bekas cupcakes biar rata. Masukkan ke dalam fridge selama 10 minit.
Bahan Untuk Inti Cheese:-
- 250 gm cream cheese
- 3/4 cawan gula icing (boleh kurangkan jika mahu)
- 1 cawan whipping cream
- 1 biji telor
- sedikit esen vanila
Cara Membuat:-
Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telor dan pukul. Masukkan esen vanila. Kemudian tuangkan ke dalam acuan cup 3/4 tinggi cup yang sudah diisi base tadi. Bakar selama 20 minit atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sejuk sebentar di luar dan masukkan pula ke dalam fridge. Sedap di makan bila dah sejuk.
2 comments:
wah cedapnyer...
nak seketui...
memang yummyy!! suka lah cheese2 ni :)
Post a Comment