Sunday, March 15, 2009

Lempeng Pisang

Ni pun sarapan pagi semalam sebenarnya aiii...hehe..bz sikit semalam bila melayan anak2 dara ke luar bandar semlam...Kak Ngah pun ada balik lagi tuntut janji...Ummi pun banyak hal la menyoping barang dapur...masak macam-macam lauk gak semalam..x sempat la nak letak entry..hari ni lak ada kenduri..Layan je laa lempeng ni Ummi wat half dari pisang yang banyak meranum tu..half lg wat jemput kat bawah tu..bestnya lama x pekena lempeng ni..sedap panas2 kan...
Bahan:-
  • 5 - 6 biji pisang emas ranum saiz sederhana besar (dilenyek dengan gula di bawah)
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kelapa muda parut
  • sedikit minyak

Cara Membuat:-

Gaulkan saja semua bahan sekali hingga sebati. Tak perlu letak air dah ni...Panaskan non-stik pan , titiskan sedikit minyak masak. Letakkan 3 sudu besar adunan ke atas kuali dan ratakan jadi bulat, biar sedikit tebal. Masak dengan api perlahan. Balikkan bila satu bahagian telah masak kekuningan. Angkat bila kedua-dua bahagian telah masak.

No comments: