Sunday, March 15, 2009

Jemput Pisang Kelapa Muda

Sarapan pagi semalam ni...musim hujan ni sedap eh makan jemput pisang letak pulak kelapa muda parut...panas-panas pekena dengan kopi O..pergghhh!! Memandangkan pisang banyak dan dah ranum...goreng gini je la yang laku..Xyah resepi la eh..senang je, wat jemput cam bese tu letak je kelapa muda parut...Ada yg nak jugak resepi ke..aah la ya...kot ada adik2 yang baru nak belajar ke dapur tu, boleh le cuba ni...termasuk la anak dara Ummi tu hehe...sukatan lebih kurang la ya.


Bahan:-

  • 5 - 6 biji pisang emas (sederhana besar) -dilenyek bersama gula di bawah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan kelapa muda parut
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:-

Campurkan kesemua bahan dan adun sebati ( jangan terlalu lembik lak..). Ha, jemput yo dengan tangan tu n letakkan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan di dalam kuali. (jangan tergoreng jari dah la anak2 oiii..). Goreng dan balik-balikkan selalu hingga kuning keemasan gituuu...hehe..Angkat dan toskan...sedia untuk dihidangkan..

No comments: