Monday, March 9, 2009

Rendang Telor

Hubby xda minggu lepas, malas tul nak masak beriya2...balik kenduri punya banyak kain baju nak kena setelkan, dengan cuaca lak hujan jek! Nak pergi kedai pun malas...Ada lagi saki baki telor dalam fridge tu..ha, ni la santapan orang kena tinggal dengan hubby...hehee...Resepi dari Try Masak ni...Sedap jugak tau!!
Bahan:-
  • 6 biji telor (direbus dan dibuang kulitnya)
  • 2 sudu besar pes cili/cili kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • *6 ulas bawang merah - hiris halus (ummi tumbuk bahan bertanda*)
  • *1 ulas bawang putih - hiris halus
  • *1 cm halia - hiris halus
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 cawan santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 sudu besar kerisik
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, masukkan bawang merah.
  2. Apabila telah layu, masukkan halia.
  3. Kemudian masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  4. Masukkan gula dan kacau lagi.
  5. Kemudian masukkan santan, asam keping, serai dan serbuk ketumbar.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sekali-sekala agar santan tidak berketul-ketul.
  7. Apabila mendidih dan kuah agak pekat, masukkan telor rebus dan garam. Masak sebentar.
  8. Akhir sekali masukkan kerisek, perlahankan api dan masak hingga kuah pekat dan naik minyak lagi. Tutup api.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

Waterlily said...

Salam perkenalan dari Abu Dhabi :-)

This is not my first time kat sini, selalu jugak jenguk2 dapur Ummi ni but this time I decided to leave some prints behind :-)

Wlily suka jugak makan telur, masak cara mana sekali pun sure sedap kan? Oh ya, I am intrigued by one of your recipes i.e Beef Bread Crumb Roll (mcm tu la bunyi nya..) hampir sama dengan Sosej Solo but your's looks more yummy! Memang Wlily nak cuba yang ini nanti..

Salt N Turmeric said...

Sedapnya tengok rendang telur tu. Weekend hari t baru try buat rendang daging fr scratch. First time jugak buat kerisik. Maybe later today boleh buat some to eat with my ketam kari. ;)

ummi said...

Waterlily - Salam kenal, amboii apasai selalu skodeng jer, xnak tegur akak eh? Time kasih la sudi jenguk sini..Sedap rendang ni Wlily, sempoi tp menyelerakan..cubalah!

S & T - Farina, wah duk jauh, kena wat kerisek sendiri la ya..akak beli jek kat sini..hehe..Lama jugak x jenguk dapur Farina tu.. :D

Salt N Turmeric said...

Ummi, hari tu jugak Farina buat rendang telur to pair with my kari ketam. Farina goreng dulu telur rebus tu sbb that's how I like it.
Nanti mayeb next week Farina post it up ok? Thanks Ummi!