Friday, March 6, 2009

Tag Dari AlongRoz dan Kak Zai

Balik dari bercuti ni Ummi tengok ada tag yang sama dari AlongRoz dan Kak Zai...alahaiiii, kalau ikutkan memang suka tag yang macam ni..xda lah susah nak buat, cuma susah nak ngadap depan komputer ni je sebab bz lak melangsaikan kain baju yang bertimbun dan menguruskan anak-anak yang nak balik ke kolej masing-masing..Xpa lah, layaannn je lah...Seronok kalau dapat semua ni kan...Sebenarnya xda apa sangatlah yang diimpikan melainkan keluarga bahagia, kasih sayang yang berkekalan dan diberkati selalu oleh Allah swt. Ni kira nak menambah2 je laa kan..

Here are the rules:-
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) post the image of this award to your posting
4) give it to 10 frens of yours

1. Off course, ingatan dari hubby dan keikhlasan dia mengingati hari istimewa Ummi.. alhamdulillah, sepanjang 20 tahun bersama hubby x pernah lupa...

2. Indahnya kalau anak-anak juga ada bersama pada hari lahir ni kan..selalunya mesti dapat ciuman sayang dan kad ucapan...xda hadiah pun xpaa...


3. Untuk tahun ni rasanya nak nya kalau hubby yang masak pada hari lahir Ummi, xyah la gi makan-makan kat luar ke - untuk makluman, hubby memang x pandai masak pun, masak air dan rebus/goreng telor boleh laa..dulu-dulu kalau Ummi out-station, ada la dia masak nasi goreng. Anak-anak duk citer kata abah masak sedap...tapi Ummi tak pernah rasa lagi, dia x yakin nak masak untuk Ummi..hehee..Agak-agak kali ni kalu Ummi mintak dia masak, harus x tidur seminggu duk fikir nak masak apa..haha..(*harap-harap dia bacalah wish Ummi ni..)

4. Kalau ada masa dan duit lebih nak je rasanya terbang ke mana-mana luangkan masa bersama..tanpa anak-anak...Tapi Ummi ni xleh lak xda anak-anak bersama bila berjalan..bila makan asyik teringat anak jek! Huhuuu..



5. Haa..Siapa yang tak nak pergi sini kan...rasanya kalau pergi umrah masa hari lahir ni baru boleh atau terpaksalah tinggalkan anak-anak..insyaAllah sampai sini, mungkin hati kita lebih dekat dengan Dia...

6. Memandangkan rumah dan dapur sekarang ni tidaklah sebesar mana, kalau ada rezeki alangkah bagus dapat rumah besar dan dapur besar camni, laman dan dapur luas senang nak gathering or kenduri-kendara kan...panggil sanak saudara atau kawan-kawan makan...So kawan-kawan semua doakanlah impian ni tercapai..boleh Ummi jamu makan...hehe



7. Kalau boleh pada hari lahir, Ummi nak panggil mak-abah, adik beradik dan kawan-kawan berkumpul untuk majlis ringkas doa selamat dan makan-makan..setakat yang termampu laa..


8. Kalau boleh nak mintak hubby temankan Ummi shopping dan cari apa-apa yang dihajati..kena tengok isi dalam poket jugak la eh...

9. Kalau la pada hari lahir Ummi ni, tiba-tiba dapat tajaan dari mana-mana untuk Ummi attend deco class, alangkah bagusnya...!!! Maklumlah Ummi ni memang x pandai deco langsung..huhuuu..
10. Memandangkan oven Faber yang ada sekarang dah cukup baik, besar dan agak mahal jugak hubby belikan 2 tahun sudah, so Ummi nak hajat yang ni jeee..hehe..Ada ke sesiapa yang nak hadiahkan Ummi diningware set dan kitchen equipments camni..(*hah, taste tinggi ke??) huhuuu..alangkah baiknya insan ituuuuu...

Okaylah Along dan Kak Zai...kiranya langsai sudah hutang tag Umm ni..yeaaahhh (*tarik nafas dan luruskan pinggang yang sengal ni). Jadi kalau rasa berhajat nak penuhi mana-mana impian ummi ni, silakanlah...wahahaaa....Anyway for no.4, I won't tag anybody...rasanya ramai yang dah buat..tapi kalau ada sesiapa yang rajin nak buat, boleh aje, silakan...

No comments: