Thursday, March 12, 2009

Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Sekarang ni banyak kenduri kahwin kan, now kalau nak wat kenduri x payah tunggu cuti sekolah dahpun kan..rasa nak buat je n semuanya ok, jalaaannnn...hehe...Ni kes x puas makan lauk kenduri lah sebab bila kenduri family sendiri ni kena kerja duk layan tetamu je..So balik rumah masak sendiri la lauk ala-ala kenduri gitu...hehe..Ni resepi dari mrs.shieza@MYR tu..sedap jugak! Memang sedap, tp x buat nasi minyak pun..maleehhh...Ummi masak half je dari resepi asal ni.
Bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan)
  • 2 atau 3 senduk cili kisar yang telah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih.
  • 1/2 botol sos tomato Aminah Hasan (Ummi guna Life je)

Bahan untuk tumis:-

  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit gula dan garam
  • 1 cawan air (untuk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • buah tomato/nenas (ikut suka)
  • sedikit daun bawang untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Bila dah wangi, masukkan cili mesin tadi dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan cili naik minyak dan garing.
  3. Masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih oleh ditambah lagi air. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sos tomato tadi dan kacau hingga pekat.
  5. Masukakn gula dan garam secukup rasa.
  6. Bila dah pekat masukkan bawang besar yang dihiris dan ayam goreng tadi.
  7. Masukkan tomato atau nenas (ikut suka). Kacau hingga ayam sebati dengan kuah.
  8. Biarkan sedikit pekat dan bolehlah dihidang dan ditabur dengan daun bawang di atasnya.

2 comments:

Big Boys Oven said...

sedupnya recipe ni tentu best!

CT Delima said...

kat umah ni..kalau masak merah sume suka..nak2 ank dara ct tu emm x pernah tolak,tukang abiskan adaler hehehe