Thursday, March 19, 2009

Meehoon Siam ala Gert


Hari tu ronda-ronda rumah Gert kat Pennsylvania sana...jauh jalan, last-last terpikat resepi meehoon Siam pulak...haha...padahal lagi dekat Siam tu dengan Kuantan ni hehee...Ummi x pernah masak meehoon Siam pun...tapi tengok bahan ada jugak yang Ummi pernah letak masa goreng meehoon ni, kecuali serai dan belacan tu..Anyway, thanks Gert..
Bahan:-
  • 2 keping meehoon
  • segenggam taugeh (*ummi ganti kobis)
  • 1 sudu makan taucu
  • 2 keping tauhu - digoreng dan dipotong
  • 1/2 pound udang
  • 1/2 sudu kecil gula
  • garam dan perasa secukup rasa
  • sedikit perahan lemon
  • 1 biji telor rebus

Bahan Kisar:-

  • 5 tangkai cili kering
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 sudu makan udang kering
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu kecil belacan

Cara Memasak:-

  1. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dan taucu hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tauhu, kacau hingga udang bertukar warna.
  3. Masukkan gula dan perasa.
  4. Masukkan meehoon dan goreng hingga rata. Masukkan sedikit air untuk melembutkan meehoon.
  5. Akhir sekali masukkan taugeh dan goreng sebentar. Tutup api.
  6. Hias dengan telor dan perah lemon.

2 comments:

Anonymous said...

yum yum... nak cuba la... :)

ummi said...

Anony - silakan cuba, xpun xtau rasanya kan.. :D