Tuesday, March 17, 2009

Ikan Kerapu Goreng Tomato

Baru ni masak, semua terberkenan dengan resepi Maklang belaka pulak...so layan je lah eh...x cukup masa nak berceloteh pjg..hehe...Cuma asalnya Maklang guna ikan tilapia...tapi bila nak beli, tengok ikan tu kecik sangat, Ummi tukar kerapu je la..Ummi C & P je la resepi asal ni ya..thanks Maklang..
Bahan2nya:
  • 2 ekor ikan tilapia dibuang perutnya dan direndam dengan air asam jawa dan perahan air limau serta sedikit garam (*ummi tukar kerapu je)
  • 2 labu bawang besar dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 biji lada hijau dipotong serong
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garamS
  • Sedikit kunyit
  • Sepokok daun bawang yang dipotong seinci panjang untuk hiasan

Caranya:

  1. Ikan tilapia dilumurkan dengan garam dan kunyit.Goreng ikan tilapia sehingga gareng. Jikalau tidak cukup gareng, isi nya terlalu lembikApabila telah gareng, angkat ikan tersebut dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan sos tomato sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang .
  3. Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
  4. Masukkan sedikit garam.
  5. Apabila telah mendidih curahkan kuah ke atas ikan tadi.
  6. Hiaskan dengan daun bawang jika suka.

1 comment:

sALLy said...

kak ummi,maafla mengganggu lg..sbnrnya sally teringin benda2 yg pedas2..hehe..tp kek tu kl tukar jd kek karet blh x sb anakanda kan xleh mkn coklat, lupa plak..
eee..byk songeh la sally ni ekk..maafla..teringin punya pasal kan..nk buat, xreti n xsedap..hehe..(alasan tul)