Saturday, December 12, 2009

Udang Nyonya Betawi

Satu lagi simple dish yang cukup sedap, enak dimakan begituuuuu sajaaaa...hehee..Tapi x tau laa kat Betawi pun ada nyonya jugak ke Mat? hehe...Apapun, memang 2 thumbs up untuk resepi ni, I assure your kids will like it... !! Jangan lupa try noooo...So layan je laa resepi dari Resepi Online ni.
FYI, akak kat KL ni, malam tadi sampai...nak gi kenduri anak saudara kat Rawang laaa...So sebelum tinggalkan rumah semalam, akak dah letak entry ni and scheduled the posting to be published this morning..now semua boleh buatkan..tuan rumah xda, posting auto published jek kan...hehee....Happy weekend!!

Bahan-Bahan:
  • 500 gm udang
  • 1/2 sudu kecil lada sulah serbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur (pukul hingga berbuih)
  • 100 gm tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih (ketuk)
  • 7 tangkai cili padi (hiris)
  • 1 tangkai daun bawang (hiris)
  • 1 sudu besar bawang putih goreng
  • 1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)
Cara Menyediakan:
  1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
  2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
  3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan lebihan tepung jagung dan gaul sebati.
  4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga wangi.
  6. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah. Tumis hingga layu.
  7. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng tadi.
  8. Hidangkan panas-panas, rangup gituuuu...!!!
Meh pakat-pakar meratah...hehe

8 comments:

Sheila said...

Salam k.ummi amboi pepagi dah kuar resepi udg name pun bukan main lg hemmm ni buat sy lapar dahlh belum BF heeee nak sikit buat mkn dgn nasi grg heeee

LOVE2COOK said...

Wow....recipe masuk list! Looks so delicious nih! A must try dish! :)

Owh, akak dah kat KL erk??? Anyways, take care always ya...wishes to ur anak saudara! ;)

Mat Gebu said...

Tuu diaa, walau pun betawi, ianya tetap "nyonya"... kena lah pantun...

NYONYA BETAWAI BERKEBAYA JARANG,
SANGGUL BULAT DI ATAS KEPALA,
KAK UMMI BUKAN MAIN GANAS SEKARANG,
LEPAS N3 BROWNIES, ADA UDANG PULA...

Uncle Lee said...

Hello Ummi, very nice dish. Tetapi saya ta'pernah dengar nami ni.
Apa udang tu? Udang harimau? Ni kalu saya duduk da la tentu tiga pinggan nasi.
Then Ummi will say, "alamak oi! Orang Canada ni terok, makan tiga pingan"! Ha ha.

Ummi, you are a fantastic cook!
Have fun, bila you masak ikan masak assam nanas or blimbing, hantar saya telegram.
Have a beautiful Sunday, Lee.

Indonesia-Eats said...

We call Udang ala Bie Fong Tong, Kak.

I used to make this. I posted on my multiply at that time. http://evimeinar.multiply.com/recipes/item/173

It's yummy. Sedap!!

MamaFaMi said...

Alamak, dia ajak meratah ler plak.. Ini yang allergic ni! Hahaha... Allergic pada pelawaan, bukan pada udang!

K.Nor said...

ummi.. udang ada lagi tak.. geram jer tengok..

blogresipi.com said...

Memang bagus tuan rumah ni..nak tinggl rumah tinggal kan lauk pauk best best kat tetamu..ni i nak datang selalu nie.ehehe