Thursday, December 10, 2009

Daging Rendang Limau Purut

Hari tu masa tayang gambar menu Aidil Adha akak dah letak gambar Daging Rendang Limau Purut ni..tapi x sempat nak letak resepi...nampaknya ada yang request hari tu..So hari ni baru akak sempat nak letak resepinya...Layan gambor je la ya...jangan mintak, finished already..hehe...Akak bukan nak "masuk bakul angkat sendiri" la...tapi sedap pada tekak akak, sedap pada tekak semua orang dalam rumah masa balik kampung raya tu...hehe...tapi bahan adjust2 la yaa..sebab akak buat hari tu untuk 5 kg. daging...So layan resepi ok..

Bahan:-
  • 1 kg daging ( dihiris kecil dan nipis)
  • 1 paket kecil rempah kari daging (+- 4 sb.)
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 4 - 5 cawan santan (sedikit pekat)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 1 keping gula kabung/gula melaka (anggaran 1/3 cawan bila dihancurkan)
  • 2 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 6 - 7 helai daun limau purut
  • 5 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar Basah:-

  • 12 ulas bawang merah - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 2 inci lengkuas - dikisar
  • 2 inci kunyit hidup - dikisar
  • 3 batang serai - dikisar

Bahan Tumis:-

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai dan Dikisar Kering:-

  • 1 batang kecil kulit kayu manis (x perlu sangai, kisar jek)
  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak:-

  1. Basuh daging dan toskan. Gaulkan daging dengan rempah kari dan perap sebentar (lebihkurang 20 - 30 minit)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kering kisar dan kacau sebentar.
  4. Masukkan bahan kisar kering dan juga daging yang diperap tadi. Kacau rata sebentar. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.
  6. Masukkan pula gula kabung dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging mesra.
  7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek, limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit (ikut suka kalau nak kering sedikit). Kacau rata-rata. (bila kerisek sudah dimasukkan, masakan akan mudah hangus, elok dikacau selalu).
  8. Seimbangkan rasa dan tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.
  9. Hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit...

8 comments:

annapeje said...

wow sedap n lazat jerk nampak

Sheila Shafeareen said...

salam woow sdp tu rendang limau purut gau gau bau dia heeeee tu yg sampai kerumah sy ni rupanya ade org msk rendang heee nenek sy pun dulu kalau msk rdg mesti taruk daun limau ni....aroma tu lain sikit..sdp

AbbotCottage said...

ehem!! resepi baru nih. kena cobaaaaaa...tapi sebelum tu cooooobaannnnnnn..ish ish ishhh ni betul2 ke cobaan? coooooooobaaaannnn...kes kes kes

Sue @ Nenie said...

alamak...Baru nak minta..Tuan rumah awal-awal lagi dah cakap abesss

Watierman said...

Abis pun nak jugak Ummi...kita tak tahan kalau dengar rendang daging...memang suka makan tapi tak pandai masak....hihihi!!

JC said...

Kak Ummi...baca bahan2 pun dah tau rendang ni gerenti sedap banget...ambik resipi ia nk buat..thanks kak muahhhsssss

ain said...

bestnya klu di mkn ngan ns impit atau roti canai.

Anonymous said...

Cedappnye rendang!!! kite kalo buat mesti jadik versi kamben ni kak Ummi.ehhee