Wednesday, December 30, 2009

Kung Pao Fillet-O Fish

Jom ber"kung pao" pulak...heheee....sedap ni...Lauk malam kelmarin ni, dah finished..hehee..malam tadi x masak sebab baru je nak pergi dapur, my brother datang pulak bagi mee goreng mamak sorang sebungkus masa hantar anak2 dara dia duk rumah ni...So, daging siang dah masuk peti semula..hehee...esok2 la masak..Meh je layan resepi dari dapur Rinn nih...ringkas aje..
Bahan:-
  • Isi ikan merah dipotong kiub memanjang, digaul bersama garam, lada putih dan tepung jagung, pastu goreng "deep fry" hingga garing.
  • 1 bawang besar - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - doletil
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1 sb. cili kisar atau serbuk cili
  • air asam jawa secukupnya
  • 10 tangkai cili kering - direndam
  • 2 sb. sos tiram
  • 5 sb. sos cili
  • 5 sb. sos tomato
  • 2 camca teh sos Lea Perrin & Wocestershire
  • garam dan gula secukup rasa
  • Nenas - dipotong kiub
  • Timun - dibuang empulur dan dipotong kiub
  • Buah tomato - dipotong kiub
  • Kacang tanah goreng (menggantikan kacang gajus) - akak x letak pun

Cara-Cara:-

  1. Tumiskan semua bawang sampai layu.
  2. Masukkan cili kisar dengan air asam jawa. Tumis sampai naik minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula
  4. Masukkan isi ikan yang telah digoreng garing tadi bersama cili kering. Kacau.
  5. Akhir sekali masukkan nenas, timun, tomato dan kacang tanah. Masak dan kacau rata. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

1 comment:

LOVE2COOK said...

Good AM Kak Ummi!..

Wow, Kung Pao! Sedapnya...:)

Love brought some pudding for U...;)