Wednesday, December 16, 2009

Sardin Bercili Dan Salam Cuti-Cuti Malaysia - Up Up & Awayyyyy..^__^

Selamat petang semua...akak x kerja hari ni..hehe..saja2 je cuti mengemas rumah maklumlah baru ni balik dari KL pun rumah dah x nampak rupa apa dah..hehee...ni nak tinggal lagi, cuti lama sikit...tapi pagi tadi sampai tengahari duk membaking sikit apa2 ntah laa..hehe..nak bawak makan2 dengan semua my family and parents ke KL petang ni..Esok pagi2, kitaorang semua akan ke satu destinasi yang biasa2 aja...cuma luar biasanya adalah pergi berkonvoi ramai2 adik-beradik, anak-beranak dan mak abah sekali...sekali konvoi mau 6 - 7 kereta...Lepas tu gathering ramai2...2 buah apartment 3 bilik telahpun ditempah..hehe..Najiha pun nasib baik dapat excuse dari lecturer dia sebab nak turut serta...Okaylah nnt citer later la bab family gathering ni eh...Layan dulu laa lauk "ikan kurung" ni eh..hehee...fridge dah clear daaaa....
Masak campak2 jugak dari akak...tp yang akak nampak, hb dan anak2 makan hingga menjilat jari..wakakaaa...Okayy semua...bubbaaiiii...Kalau sempat akak letak "scheduled posting" untuk acara masak2 hari ni punya okayyy...Till next week and so longgggggg...Have a great holidays!!
Bahan:-
  • 1 tin sardin (besar) - dibuang sosnya
  • 2 biji cili merah - dikisar
  • 4 - 5 biji cili padi merah - dikisar
  • 2 biji buah keras - dikisar
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 cm lengkuas - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk tumis
  • sedikit air (optional)

Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana, tumis kesemua bahan kisar dan cincang hingga naik minyak. Masukkan juga serai.
  2. Masukkan asam gelugor dan sedikit air jika terlalu kering.
  3. Masukkan sardin dan gaul sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak hingga agak pekat dan masukkan tomato.
  5. Tutup api dan hidangkan.

3 comments:

LOVE2COOK said...

Wow...that sardine is simple mouth-watering!!! :))

KakUmmi, Happy Cuti2 Malaysia to all of U ya!!! Drive safely...and take care wherever U r!! :))

ain said...

nak gi cuti2 gak ke..??? td bc kat blog kak Inahar, pun nak pi cuti gakkk. nak ikut gakk...boleh..????

blogresipi.com said...

Salam Maal Hijrah Kak Ummi... selamat bercuti :)