Wednesday, December 23, 2009

Rainbow Marble Pudding (Bekal Untuk Family Gathering)

Atas permintaan adik2 akak dan anak2 akak, akak buat lagi la puding ni untuk bekal makan sebaik saja kami check-in di apartment semasa gathering di Cameron Highlands baru2 ni....Dah banyak kali buat sebenarnyaa...tp akak copy semula resepi Mak Lang ni paste kat sini...selain cantik, memang sedap sekali..cuma kali ni akak tukar warna, x letak cocoa...letak strawberry paste...bila sejuk rasa ala-ala strawberry ice-cream pulak...ralit je makan.hehe

Bahan:-
  • 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan kuning (*kali ni akak letak strawberry emulco/paste, pewarna biru dan kuning)
Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

sebahagian yang dalam bekas tu telah siap dipotong kecil2..

9 comments:

Love2cook Malaysia said...

Uish, cantiknya!!! Love nakkkk! hehe ;)

mummyseri said...

ye la..mmg cantek sgt pelangi nyer..suke tgk kalo dpt ngappp lagi best...

Jieda said...

memang sedap dimakan terutamanya bila puding tu baru dikuar dari peti ais.

MamaFaMi said...

Wallaweiiii cantiknya puding... kalerpul lagi!

Anonymous said...

salam kak ummi,
memang cantik puding tu, melilih air liur tengoknya.....kita copy resepinya, nak try buat.

Watierman said...

Bestnya warna warni...kehidupan ....I likeeeeee!!!

Hezrin Ahmad said...

cantiknye... terliur tgk mesti sedap ni...

ain said...

mcm rainbow dah...cantikk!!! mesti secantik rasanya!!!

Lee said...

Hello Ummi, this is one of the most beautiful puddings I've seen, but not eaten.
I think if put in the mouth tentu nampak bulan naik satu jam early over at Telok Chimpedak, ha ha.

I think 6 pieces will do fine, ha ha. I think not easy to do this, huh? Got to champor the colours.
Aiyaaa, I should have spend more time in Kuantan instead of Penang old days, *wink*, ha ha.
Have a nice day, Lee.