Wednesday, December 16, 2009

Kentang & Sosej Lada Hitam

Ni sebenarnya resepi campak2 aja...malas dah nak beli bahan2 basah minggu ni sebab start hari ni akak nak Cuti-Cuti Malaysia laaaa..hehe....so akak bantai aja lah masak apa yang ada...perabihkan kentang yang dah nak berakar dah..hehe...sosej ada 5 ketul lagi...layaaaannn...

Bahan:-
  • 4 biji kentang - potong wedges
  • 5 ketul sosej - hiris menyerong 1 inci
  • 1/2 green capsicum - dadu
  • 1/2 red capsicum - dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • beberapa ulas tomato ceri
  • 1 sk. lada hitam yang ditumbuk
  • 2 sb. sos tiram
  • 1 sb. kicap manis
  • 2 sb. sos cili
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Kentang dibasuh dan ditoskan. Gaul dengan sedikit garam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kentang hingga nampak garing. Angkat dan toskan.
  3. Dalam minyak yang sama, goreng pula sosej setengah masak. Angkat dan toskan.
  4. Tinggalkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata.
  6. Masukkan capsicum dan kacau sekejap.
  7. Masukkan kentang dan sosej yang tadi dan gaul rata dalam kuali. Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
  8. Tutup api dan hidangkan.

3 comments:

LOVE2COOK said...

Uuuuh...Simple yet delicious tuh! Love sometimes klu malas, mmg buat sosej camni for my son! keke :)

Tumpang makan kat umah akak karang! :))

Rahayu Ahmad said...

Salaam Kak Ummi,

Hari ini ayu cuba resepi akak yg ni..sambutan baik sekali...cuma ayu punya tergelap sikit...hehehehe
apapun mmg best & yg Potato & Cheese Frittata....terimakasih ye kak ummi...

bintangku (: said...

nak cuba lahh akak ! nmpak sedap nieyh!! mula laa dok lapa ..heeeheee....