Tuesday, December 22, 2009

Bingka Beras Gula Putih

Salah satu jenis kuih yang sempat akak buat sebelum bercuti-cutian hari tuh..heheee...memang sedap nih...Resepi dari Kak Fida MyR tu tp akak jumpa masa selongkar kat dapur Jun jugak nih..hehe..sori ya Jun...Bila tengok bahan pun senang jek...so akak layan lerrr...my mom pun kata sedap...dia pun lama x buat bingka tepung beras ni...ngeeeee...kembang semangkuk la akak kena puji dgn mak...Thanks to Kak Fida n Jun...Copy resepi ya Jun...

Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
  • 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  • 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
  • 250 gm tepungberas (cap Gajah)
  • 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
  • 1/2 st. esen vanila
  • 1 sk. garam

Cara-Cara:-

  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

Sedap kan, kalu dapat kerak2 tebal camni...lg besssttt..

6 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ummi..

Macam pernah dengar kuih ni..Tapi tak pasti pernah rasa ke idak...

Nampak cam sedap jeee kuih akak ni..

Anonymous said...

akak, br tadi sebut2 kuih ni...tgk2 ada blogger yg buat. saya suka sgt ni tp x penah buat. :D

ain said...

lum pernah nmpak bingka beras ni!! boleh cuba lah nanti!!

Hezrin Ahmad said...

kalo org perak diorang panggil bengkang... and selalunya kitorg sengaja bakar lebih masa so that kerak dia lebih crunchy...nyum3..

liiya said...

akak..tq le sebab bg resepi ni..mmg dah lm mencari resepi ni...
kat kedah sy panggil as bengkang..mmg suka sgt mkn kuih ni...
tp 1 je...
mn nak dpt tepung tepung Hoen Kue tu ye?kl ada jual ke?

sy ni silent reader je..tp lps jumpa blog akak ni..mmg sy jd suka msk n cuba resepi2 kat sini...

Hardiono Handoko said...

Wow, sepertinya enak sekali ini masakan. Terima kasih sudah berbagi recipe, nanti akan dicoba dirumah

Mini Sugar Plant