Sunday, December 27, 2009

Spiced Spaghetti With Rich Vege and Tomato

Heehee..mentang2 la sayur tengah banyak dalam fridge eh...Masak aje la pasta yang kaya dengan sayur2an...hehee...kalau ada sapa2 nak raya Xmas, boleh dtg rumah akak la eh..haha..tekak western dah melanda kat rumah ni...Xdalah, sekadar nk menghabiskan sisa2 pasta/spaghetti ni ha jek...Ni akak masak campak2 je lerr...anak2 nak pedas2 sikit...layaaan je ler..

Bahan:-
  • 1/2 paket spaghetti (atau apa2 pasta laa..)
  • 200 gm daging kisar
  • 4 tangkai cili padi merah (cincang)
  • 4 ulas bawang putih ( cincang)
  • 1/2 tin sedang tomato puree
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam (boleh kurangkan kalu xnak pedas)
  • 200 gm brokoli - potong kecil
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 15 - 20 biji cherry tomato - belah dua
  • 1/2 batang carrot - hiris halus
  • 2 slice cheese - disiat kecil2
  • garam secukup rasa
  • 4 sudu besar olive oil

Cara-Cara:-
  1. Panaskan air dalam periuk dan masukkan sedikit olive oil dan garam..rebus spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan olive oil dalam pan dan tumiskan bawang putih dan cili padi sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga separuh masak.
  4. Masukkan tomato puree, sos cili, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  5. Masukkan carrot dan kacau sebentar. Masukkan pula brokoli dan lada benggala.
  6. Masukkan spaghetti tadi dan kacau rata. Masukkan slice cheese.
  7. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan kacau hingga semuanya sekata. Angkat dan hidangkan panas-panas.

2 comments:

LOVE2COOK said...

Wow, looks yummy! Sure it tastes good tooo!!! ;)

blogresipi.com said...

Wah menu western nie... bak sebesen.heehe... kite pun nak raya gak :D