Monday, December 7, 2009

Popia Udang Kering

Oleh kerana hujung minggu baru ni xda ke mana-mana, cuaca pun cerah..rajin la nak duk lama2 sikit kat dapur...x la sejuk kaki (*wpun berselipar..hehe). Tengok ada sayuran yang disagat lebihan buat tauhu sumbat hari tuh..duk elok je lagi..so tambah2 sikit lagi..sengkuang pun byk..hehe..so akak layan popia pulak laaa...kali ni try resepi Ida @ MyR tapi banyak akak dah adjust sana sini ikut bahan dan tekak akak...apapun terimakasih to Ida..
Bahan (POPIA) - (15 biji) :-
  • 15 keping kulit popia/secukupnya
  • 1/2 biji timun - dihiris halus2
  • 1/2 biji carrot - dihiris halus2
  • 1/4 biji sengkuang - dihiris halus2
  • sedikit daun salad -dihiris halus2
  • 1 sudu besar udang kering - basuh, toskan dan tumbuk2 sikit
  • 2 sudu besar tepung serbaguna

Cara Menyediakan:-

  1. Dalam bekas, gaul rata timun, carrot, sengkuang dan daun salad.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sambil itu, gaulkan udang kering tadi dengan tepung serbaguna, dan gorengkan hingga agak garing.
  3. Angkat dan campurkan dalam mangkuk sayuran tadi. Gaul rata.
  4. Sediakan kulit popia, letak sayuran sebagai inti di tengah-tengah dan gulung. Lekatkan bahagian hujungnya dengan membasahkan dengan sedikit air.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng popia dengan api sederhana perlahan hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan.

Bahan (SOS POPIA) :-
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 4 sudu besar gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kacang tanah (*akak xda ni, just letak 2 sk bijan)

Cara-Cara:-

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali kacang tanah/bijan ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan.
  2. Biarkan mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
  3. Bila kuah telah pekat, tutup api dan masukkan kacang tanah/bijan.
  4. Sedia untuk dimakan bersama popia.

7 comments:

MamaFaMi said...

Aisehmen, naperlah tadi tak terbeli sengkuang! Kalau tak, leh gak buat ni... memanglah Ummi pakar korek resepi sempoi!

Uncle Lee said...

Hello Ummi, Saya ta'pernah makan this style popia, 'udang kering'. Wow!
I have eaten popia lagi JB to Alor Star, Penang, Kelantan....tetapi this kind, never.

Ahhhh, I think I never ate in Kuantan, thats why. Ini Kuantan style ke?
Looking at your pics, I think 7 pieces no problemos, ha ha.

Your hubby must be one real happy hubby. Apa size tali pinggang dia pakai? ARHAAA HA HA.
I think he can't wait to balek rumah petang from office, and thinking what mystery food his lovely wife cooking.
You sure an architect of food, Ummi. Outstanding!
Okay....pass me another plate, 3 more pieces, ha ha, Lee.

blogresipi.com said...

Salam Kak Ummi...
Ade lagi tak nie? kite datang jauh2 tiga beranak nak makan popia udang kering akak neh. :)

LOVE2COOK said...

KakUmmi, simple delicious popiahs U've made! Arrghhh, no more words...4 pieces plsssss! ;)

ain said...

kak ummi...nak sikit popia!!! nk buat minum petang!!

Ummi said...

MamaFaMi -
Syuuuh, syuuuhhh pi beli sengkuang cepat..nnt kedai tutup, terkilan pulak..hehe

Uncle Lee -
Haha..This is the most simple dish in the world..you'll not find anywhere else..haha..Haha..my hubby punya tali pinggang saiz 30" laa, if not mistaken..hehe..Not that rajin laa Lee..sometimes a cup of tea/coffee with biskut lemak also can for minum petang..haha..Anyway, thanks for your compliments and you keep a song in your heart always Lee..!

Ijan -
Alahaiii ciannya..demi kerana Ijan n fmly...xpa, dah habis pun akak leh wat lagik..hehe

Love -
Here you are...bahan ada, boleh buat lagi untuk Love..no hal!

Ain -
Jemput masuk Ain..layan diri ok..hehe

dyla said...

umi..time da gaulkan tue masukkan garam skali ke? ngan nak tanye tepung serbaguna tue cth tepung ape umi gune?