Monday, December 21, 2009

Sardine Roll

Salam semua...rindu akak tak? Hehe, perasan je akak...harap2 x la kan..x lama pun cuti2...4 5 hari cuti, terasa sekejap jek...kalau cuti sebulan ke baru seronok eh...Okay, ni nak letak resepi masak2 sebelum akak bercuti hari tu..Pagi rabu tu akak cuti, tp bz sikit lah buat makanan sikit untuk bawak ke my family gathering di Cameron Highlands..x jauh pun...hehe...tu citer kemudian la yaa...So layan je lah resepi dari Resepi.net tapi akak ceduk dari dapur Jun tu ha...dia ni kan suri rumah yang tersangatlah rajinnya...ni buat makan2 on the way to CH tu..dalam berkonvoi tu biasalah ada masa berhenti2 kan, so kudap2 la sambil tu..

Bahan Pastri:- (kurang lebih 34 ketul)
  • 250 gm mentega sejuk
  • 500 gm tepung gandum
  • secubit garam
  • air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 kuning telor - untuk sapuan sebelum dibakar
Cara Membuat:-
  1. Gaulkan mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
  2. Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
  4. Bila filling telah sedia digunakan (telah sejuk), keluarkan doh dari peti ais.
  5. Gelekannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
  6. Letakkan filling di atas doh dan roll.
  7. Letakkan di atas dulang yang telah disapu mentega dan dialas. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus).
  8. Kemudian disapu kuning telor atas doh.
  9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 175C.
Bahan Filling:- (my style)
  • 1 tin sardin (besar) Ayam brand - ambil isinya saja dan hancur2kan dgn garfu
  • 1 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • sedikit perahan limau nipis
  • garam secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar dengan api perlahan.
  2. Bila terbit minyak, masukkan ikan sardin yang telah dihancur-hancurkan. Gaul rata.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.
Ha, ikut suka akak je ler panjang pendek ke, gemuk kurus ke, nak cepat2 je..janji leh makan..memang licin pun...pastrinya mmg rapuh/rangup...

6 comments:

LOVE2COOK said...

Whoaaa...besnya sardin rolls tuh! Akak buat mesti sedap punye! huhu, tuk kita orang takde ker??? :)

blogresipi.com said...

Salam Kak Ummi,
Dah balik bercuti ek... nak tengok gambar cuti cuti boleh? hehe

MamaFaMi said...

Hari Sardin sedonia.. hehehehe....
Asyik gi coti cotiiiii je taw... jeles I.

CT Delima said...

k.ummi...ni kalau mintak mesti dah abis kan. kalau inti tu tukaq lain bole lah ya. anak bujang ct x suka sardin arr...huhuhu

Hezrin Ahmad said...

wah bestnye... dah lama xbuat sardine roll sejak dah ada readymade pastry ni... huhu... pegi cameron... bestnye... mesti jem kan kat sana... my officemate pun baru blk dr sana...

Hezrin Ahmad said...

wah bestnye... dah lama xbuat sardine roll sejak dah ada readymade pastry ni... huhu... pegi cameron... bestnye... mesti jem kan kat sana... my officemate pun baru blk dr sana...