Wednesday, December 30, 2009

Tiramisu

Dah lama sangat dah beli biskut tiramisu nih sampai Najwa tegur bila akak nak buat tiramisu nih..kang biskut tuh dia cicah air nescafe kang, haa..heheee....macam kena gertak jek...So malam tadi duk mengadap tiramisu je laaa, akak buat hari Ahad ni sebenarnya sebab abanglong pun dah nak balik..sempat la dia makan...Resepi amik dari FP Hanieliza...mudah dan ringkas, thanks kak Liza....
Bahan A:-
  • 24 keping biskut tiramisu
  • 250 gm cream cheese
  • 150 ml yogurt asli (plain yogurt)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan air *
  • 1 sk. nescafe * (dibancuh bersama)
  • serbuk koko secukupnya (*akak guna Vouchelle)
Bahan B:-
  • 150 ml air
  • 1 sb. serbuk agar-agar
Cara-Cara:-

  1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu dalam loyang yang sesuai.
  2. Basahkan biskkut tadi dengan air nescafe.
  3. Pukul keju dan gula hingga gebu.
  4. Masukkan yogurt dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  5. Masak bahan B hingga mendidih dan masukan dalam adunan, kacau rata.
  6. Sapukan sebahagian adunan keju ke atas biskut tadi.
  7. Ulang lagi dengan menyusun baki biskut di atas keju pula (*akak ayak serbuk koko dulu atas keju sebelum susun lagi biskut di atasnya)
  8. Lapiskan pula baki keju tadi di atas lapisan biskut yang akhir.
  9. Ayakkkan rata-rata serbuk koko atas permukaan atas keju.
  10. Sejukkan beberapa jam di dalam fridge sebelum dihidangkan.

telah siap dilapis sebelum disejukkan....

biskut savoiardi ladyfingers yang digunakan

8 comments:

Yat Maria said...

Salam Kak

Yummylicious nya...this tiramisu!!! teringin plak ;)

Yat Maria

Adnazthie said...

Lazzzatttttnyer....

K.Nor said...

nak!!! buatkan sebekas utk nor ya..

AZIAN said...

My fav ni..selalu beli aje...nak try buat juga....

ain said...

sedapnya kak ummi!!!

blogresipi.com said...

Salam Kak Ummi,
Sedap nye tiramisu... kite teringin nk buat ni... kalau takde biskut tu boleh guna biskut ape ye kak ummi?

dang anum said...

Salam Kak Ummi.

Saya dah cuba, tapi jadi keras keju tu disebabkan agar2 agaknya..

sweetazezah said...

salam..kak,jijah amek resepi Tiramisu ni erk..nak terai..sian plak ngan biskut banoti ni..huhu..maceh kak!