Tuesday, December 8, 2009

Ikan Bakar Portugis

Dah lama sangat nak buat Ikan Bakar Portugis nih...xtau laa asyik x sampai2 seru jek..x sampai2 hajat...almost forgotten!...Must try this time...So semalam akak pun membakar laaa...what a great taste! Bertambah nasi hubby makan...me, got to slow down sikit laaa..hehe...Thanks to my beloved Jun for sharing this simple recipe yet very nice one!! Ummi copy n paste je eh..

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap (jun guna ikan pari) - *ummi guna ikan selar besar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras - kisar
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit lengkuas - kisar
  • 3 daun limau purut - hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih(cara2 kat bawah)
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil (jun letak daun pisang sket)

Cara-Cara:-

  1. Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya (jun, buang kulit dia..heheh). Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, kelar2 sket.
  3. Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
  4. Letak ikan atas foil, gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
  5. Tuang minyak bawang putih n tabur daun limau.
  6. Tutup foil n bakar hingga masak.
Jemput makan...nak meratah pun ok..hehe

6 comments:

ain said...

alahai kak ummi...saya pun lamaaaa dah nak try buat ikan portugis ni. sampai la ni tak terbuat2 lagi. nape le 'rajin' sangat saya ni ek.hihi

ima said...

salam kak ummi...nampak pun cam sedap je...teringin nya nak rasa...nak buat sendiri tak tahu bila....

MamaFaMi said...

Ish ish ish kejam betul ikan tu ye. Habis dibakarnya Portugis! Patutlah ada orang Portugis yang lari ke Melaka! Hihihi... jangan mare aa, gurau je.

Mmm kalau abang dah tambah nasi tu, mesti debomb rasa ikan ni... ish ish ish, bikin teringin je la!

pak long said...

salam..
mak aiii sedapnyer...
nak mintak la resepi ni..

JC said...

Alahai kak Ummi..ikan bakar cam ni le yg I suka sesangat....bole cuba ni...nampak sedapnyaaaaaaaa

Fa'e said...

aduh...k ummi jauhnye pegi bakar ikan! nape x dtg bakar kat jepun nie....
hehehe...

oishisouuu.... nak kena buat jugak la camni...tp entah bila! meh ar k ummi dtg bakar kat jepun lak!