Saturday, December 26, 2009

Udang Lemon

Menu hari dinner Khamis lepas...hehe..baru masak2...masih angin sepoi2 lagi, belum ribut taufan lagik..hehe...macam malehh jek...so masak yg sempoi2 gitu...Resepi dari buku kak Hanieliza jugak nih...
Bahan:-
  • 300 gm udang besar (akak guna je udang x berapa besor..)
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 5 cm halia - ditumbuk halus
  • 2 sb. mentega
  • 1 biji lemon
  • Daun bawang dicincang halus

Cara-Cara:-

  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan.
  2. Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih dan halia.
  3. Masukkan udang dan kacau rata.
  4. Keluarkan udang dari kuali dan perahkan lemon ke dalam kuali. Kacau dgn lebihan bawang dan halia.
  5. Tuangkan ke atas udang yang telah disusun dalam pinggan.
  6. Taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

2 comments:

Anonymous said...

Senangnye resipi nie... kejap je dah boleh makan nie...

Unknown said...

Xletak garam ke?