Monday, December 14, 2009

Ikan Bakar Padang

Salam semua, apa khabar...? Penat balik dari KL x abis gak lagi nih...kain baju dah habis basuh semua tapi cuaca lak lembab2 gitu..aduiii bila nak kering kain nih..mulai petang Rabu ni nak gi Cuti-Cuti Malaysia lagi dengan family....last year kitaorang adik-beradik dengan mak abah berkonvoi ke rumah sanak saudara di Perak...kali ni, tungggguuuu...hehe...So layan la lauk akak masak tengahari Jumaat baru ni sebelum ke Kuala Lumpur kenduri anak saudara sebelah hb di Rawang...layaaann...resepi sedap dari Resepi Online lagi, makan camtu je pun sedap...sori la gambar kurang cun dan ikan tu nasib x hancur masa akak alihkan ke dalam pinggan, sebab nak cepat-cepat je...hehe

Bahan:-
  • 4 ekor ikan kembung besar (akak guna ikan bawal)

Bahan Tumbuk Halus :-

  • 1/4 sk. lada hitam
  • 4 biji buah keras
  • 1 cm kunyit
  • 3/4 cawan santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Kicap Manis:-

  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 tangkai cili merah (potong halus)
  • 2 tangkai cili hijau (potong halus) (*akak letak 5 tgkai cili padi dipotong halus)
  • 2 biji limau nipis (akak letak limau kasturi)
  • 125 ml kicap manis

Cara-Cara:-

  1. Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama, garam dan gula secukup rasa.
  2. Ikan dibersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk kuah santan tadi dan gaul rata.
  3. Bakar ikan menggunakan api arang (*akak just guna pemanggang elektrik jenama Graes akak tu jek) hingga masak. Gunakan lebihan kuah santan untuk direnjis-renjis atas ikan semasa membakar.
  4. Hidang bersama sambal kicap manis.
  5. SAMBAL KICAP MANIS - gaulkan kesemuanya biar sebati dan rasa biar ada masam manisnya..


6 comments:

MamaFaMi said...

Dah Padang pulak... lepas ni negeri mana pulak la punya nama masakan nak keluar!

Bestnya Ummi gi coti coti Malaysia...

blogresipi.com said...

Macam berjanji je kite makan ikan bakor ye kak ummi... cicah ngan sambal kicap macam itew memang terangkat rangkat pinggan nyer.heheh

Uncle Lee said...

Ummi, You ada berapa cooking degrees? Ada Black Belt, Ada Masters, ada P.hd.....
Omigosh! This ikan bakar with that I think ketchup with bawang is out of this world.

I think with an Isteri like you, restaurants, kedai makanan will never see my face or footsteps, ha ha.

Tu limau squeeze over the ikan? Holy Smoke! Macham kawan saya used to say, "very shokolingam", ha ha.
Okay, saya cancel tu order of bi meh fy dari Mehnoner, ha ha.

Saya dengar where you are hujan hari hari? Ada flood ke?
You take care ya? Kalu hujan ta'berenti, pergi kedai beli swimsuit, arhaaaa ha ha.
Please pass an extra plate of rice....Lee.

E-na Zarina said...

ikan bakar mmg ummph! tambah2 lagi yg umi masak, nmpak sedap je..

LOVE2COOK said...

Kak Ummi! Ur dishes are simple superb! Sure ur kids n hubby love it! ;)

Ummi said...

Mama -
Haha..lepas ni pergi ke sawah pulak bakar ikan sepat..hehe

Blogresepi -
Aah la Ijan, kalu ujan2 ni makan ikan bakar cicah sambal kicap camtu..memang terangkat!

U.Lee -
Hahaa..Me? Not even a single Degree pun!! ada2 saja you..suka usik2..My cooking won't give any harm to the restaurant's owner la Lee..lawak je you! Yeap, we have heavy raining within these 2 or 3 days back but everything is still ok...

E-Na -
Hehe..sapa2 je masak, asalkan resepi tu betul, sama rasa la kan..

Love -
Hope so!! hehee..