Thursday, July 30, 2009

Mee Jawa - Resepi II

Arini Ummi masak mee jawa je untuk lunch anak2 kat rumah...menu ni memang sempoi, nak masak pun sekejap je...rasanya 25 - 30 minit dah siap semua..tp kena cekap la kan..hahaa...semua dapur kena nyala api, rebus telor, celur mee, sambil menumis tu kan...Dulu dah penah buat jugak tp resepi geng MyR, tapi kali ni lagi sempoi...dari TryMasak.com pulak...Aiman makan bertambah...licin untuk tengahari tadi..kena masak pulak malam ni...alahaiii. Jom layan resepi...

Bahan:-
  • 300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan)
  • 150 gm udang sederhana besar
  • 5 tangkai daun sup - kerat2 sikit
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih* (* dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 biji limau kasturi - belah
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 3 biji telor rebus - kupas dan belah 2
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan serbuk cili dan garam..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan jintan dan kacau sebentar. Masukkan halia dan kacau hingga naik bau halia.
  4. Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih)
  6. Kemudian masukkan halba, diikuti dengan air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
  8. Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi dan cili hijau.

2 comments:

Anonymous said...

Sempoi pon nampak sedap lah Kak Ummi... ade pla air sirap tue... sangat la boleh habiskan bermangkuk nie...

noorcahaya said...

kak.. dah cam rupe mee rebus jek.... terliur tgk...