Saturday, March 28, 2009

Mee Jawa

Ni untuk jamu mata jugak la ya...jangan mintak laa..dah habis..x sempat nak update 2 3 hari ni...masak hari malam Rabu lepas dah..pastu bz sikit hari Khamis balik je ofis, ada adik sepupu bertandang dan ajak makan malam, tp masak sempoi je...pastu hari Jumaat bz seharian....taraaaa..teka siapa nak datang...orang tengah bercuti dari Jepun tu laaa..hehee...nnt nak letak gambar pertemuan paling best dgn budak Hana ni..K, layan resepi dari Minami@MYR ni eh..Akak nak C&P je ni..Thanks Minami..best sesangat mee jawa ni..
Bahan-bahan ( 8 org ):-
  • 1 kg mee kuning - dicelur
  • 4 biji telur rebus
  • taugeh
  • 2 keping tauhu - potong dadu
  • daun bawang & daun sup - dihiris halus
  • cili api @ cili jeruk (*akak xda cili jeruk ni)
  • lemon @ limau nipis
  • bawang goreng
*** utk kuah***
  • 500 gm ayam - dipotong kecil-kecil
  • 200 gm daging - dipotong kecil-kecil (*akak xda stok)
  • 200 gm udang
  • 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar - dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 1 cm halia - dikisar halus
  • 1 cm lengkuas - dikisar halus
  • 1 batang serai - dikisar halus
  • 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • minyak utk menumis
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 kiub ayam
  • garam & gula secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara:-
  1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus.
  2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
  3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
  4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk.
  6. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai. Jangan terlalu pekat kerana mee jawa cepat terasa muak.
  7. Masukkan udang. Masak sehingga mendidih.
  8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  9. Hidangkan mee, telur rebus, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama cili jeruk! nyam2...

3 comments:

Anonymous said...

wah sedapnya mee jawa...boleh gak cuba untuk tukar selera.

Ummu Aqil said...

wah sedapnye mee jawa...tak pernah try lg nih...sampai pun akak hana umah akak ya...kite entah bile ler...

Nono said...

i hope u dont mind if i copy this into my annoying blog... i love mee jawa thats why i want to shre with others. :)