Friday, July 8, 2011

Sardin Halia Berempah Lima

Assalamualaikum....moga hari jumaat yang mulia ini membawa seribu rahmat buat kita semua...dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan moga-moga ukhwah sesama kita semakin kental, sekental putih telor dipukul hingga bertanduk gitu....kan..kan, insyaAllah.

Okeh laaa, akak pun x tau nak bebelsss apa tengahari ni, jom la jeling-jeling manja kat menu sempoi dari dapur Home Sweet Home yang mana tuannya sentiasa mengintai-intai masa untuk ke dapur setelah penat seharian di pejabat....rasa macam lipas kudung berjalan jek bila sampai rumah...alhamdulillah masih sempat menyediakan hidangan untuk family tersayang biarpun sesempoi Sardin Halia Berempah Lima nih!!! Kalau berkenan, silalah cuba...xnak puji, xnak keji...tp hb dan anak-anak makan hingga menjilat jari...dah licin malam tadi...

SARDIN MASAK HALIA BEREMPAH LIMA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 tin sardin (tin besar Cap Ayam) - ambil isinya
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 inci halia - dihiris halus memanjang
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu teh serbuk cili kering *
  • 1 sudu besar cili kering kisar * (bahan * kalau nak pedas, tambah kuantiti salah satu)
  • 1 sudu teh rempah kari ikan
  • 1/2 sudu teh lada hitam yang telah dikisar
  • 1 sudu teh rempah 5 (Chinese 5 Spices jenama Masterfood)
  • 3 sudu besar kicap pekat (*akak guna brand ABC)
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 2 biji kentang - dipotong kecil, gaul sedikit dengan garam halus
  • 1/2 biji lada benggala - dipotong dadu
  • 1/4 cawan air
  • minyak untuk menggoreng sardin/kentang dan menumis secukupnya
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan goreng dulu kentang hingga nampak berkulit. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng sardin hingga nampak garing, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak yang baru dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar, rempah ikan, lada hitam, rempah lima dan serbuk cili. Kacau rata sebentar dan masukkan air. Kacau lagi.
  5. Masukkan sardin dan kacau balik biar rata dengan rempah.
  6. Masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng tadi bersama lada benggala. Kacau rata kesemuanya.
  8. Seimbangkan rasa dan bila semua telah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih atau sedap dimakan dengan roti putih. SELAMAT MENCUBA...!!

sempoiii, tapi gerenti liciiinnn...hehe

15 comments:

Gee® said...

aaaargggghhh... sedapnya ummi... biasanya sadin buat sambal gitu2 jer... bagus idea nih... nak mengkopi laaa yek....

Azlita Aziz said...

sedapnya kak Ummi ni boleh buat lauk tuk bulan posa ni..

sesekali tukar2 selera...

cik cek said...

Sedap ni Ummi...masak tuk bulan2 posa
best ni...he he asyik dah cita bulan posa ek...kak cek penggemar sardin...masaklah camana pun memang suka...:)
Makanan ringkas yg sedap...

Deliah's Deli said...

wah,klu yg ni mau 10 jari dijilatnya! :)

ilahjy said...

jom nyanyiii..

ibuuu mithaliiii..ibu sejatiiii...tonggak ...keluarga bahagiaaaa..... nasyid jumaat..
tahniah buat ummi wpun kerja sempat lari balik masak.. patut lah en rimauuuu sayang kat pn rebittt...
apa lagi anak2... ahakssss... mesti berkat..aminnnn.. ilah dah cuba pankek yg ummi blend tuuu mmg mabelesssss...

CT Delima said...

AS'salam Kak Ummi

lauk2 macam ni memang sedap. Tapi ct boleh kira dengan jari setahun berapa kali jer masak lauk2 sardin ni hehehe. anak bujang kita ada alergi lah dengan sardin tu yang tak masak..

kalau masa sahur nak cepat masak bolehlah cuba lauk ni kan kak :D

Mas said...

kak ummi..
tengok jerk dah tahu sedappp...
boleh try nanti resepi kak ummi ni....
menyelerakan....

Juwita Jamaludin said...

kak ummi tetiba lapar nampak menu akak ni.. kalau macam ni diet pun tak jadi.. hihiihhi tumpang makan kak.. nak try la nanti buat.. menu semalam yang murtabak tu pun tak sempat cuba lagi..:)

MamaFaMi said...

Sedapnya Ummi oi... makan dengan roti, minum dengan teh o panas.. mmm....

Mylady said...

akak...saya ni memang peminat sardin tau..selalu goreng sardin dalam tin, perah air asam sket, masukkan bawang & cili api, 2 pinggan nasi dalam sekelip mata jek abis..hehehehe..terliur plak tengok menu akak nih...

IBUNDA DELIGHTS

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak cayang...
menarik ler resipi nie akak... diana mesti try masak nnt.. x perna lg masak gini tau... nampak sedap tuuu..masuk list lagi... ;)

Jayanthy Kumaran said...

looks heavenly..;)
Tasty Appetite

Fiza Amran said...

thanks k ummi ... bg idea utk fiza yg x boleh kuar ke mana- mana this week stok sardin yg ada boleh cuba..

Unknown said...

simple tapi sedap..sukax3...hehe nieza pun suka guna rempah 5 tu..memang ada stok kat umah selalu pun..:)

IdaSahman said...

huhu menelan air liur dibuatnye..feveret ku ouhh sardin...:)