Thursday, February 5, 2009

Spicy Chicken In Dark Soy Sauce

Masak simple jek, janji leh laku dan licin...Resepi dari dapur Gert asalnya tp Ummi nampak kat dapur Jun..Lebih kurang cara masak kicap ayam yang biasa Ummi masak gak. Resepi Gert asalnya guna daging..next time Ummi try daging lak...sedap niii..
Bahan:-
  • 1/2 pound daging - dihiris nipis (ummi guna 6 ketul ayam)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 cili merah - hiris
  • 1 cili hijau - hiris (*ummi guna 1/2 green capsicum)
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang serai - hiris halus (bahagian lembut sj)
  • 2 sudu besar sambal olek/cili boh (ummi letak cili kisar campur sedikit cuka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit black pepper
Cara Memasak:-
  1. Gaul daging/ayam dengan serbuk kunyit, garam dan pepper. Kemudian taburkan tepung dan ratakan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging/ayam hingga masak/kekuningan. Angkat.
  3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak tadi dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan sambal/cili dan kicap. Masak sekejap.
  5. Masukkan daging/ayam tadi dan cili yang telah dihiris. Kacau rata. (Tambah sedikit air jika terlalu kering)
  6. Seimbangkan rasa dan gaul sebati. Angkat.

5 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

mau bertambah nasi nih

mommy otai said...

waahhh..terliuq sguh tgk ayam ni..
color yg cantik,padat dan meliurkan saya..adehh kak..
kene try nnt ni..

wani said...

ummi,

bila nak buka restoren? kalau ummi buka restoren, wani mesti singgah kalau balik Kuantan nih.

Your strength is the photos. Those photos makes air liur kecur. Ummi terrer photoshop eh? Ni kalau design restoren mesti canggih punya.

VG said...

I am drooling Kak Ummi. As you can see, I am back. Thanks for all your well wishes. Love ya lots, muah!

ummi said...

Aishah - aah anak2 semua suka..memang bertambah pun..Aiman smpai kena suruh stop makan..sedap katanya..

Farah - Memang sedap ni..macam ayam kicap lain jgk tp lebih "hot"..hehe

Wani - Thanks for dropping by..hehe..memang dah buka restoran pun, kat dpur Ummi..the customers are my hb n kids..haha..memang laku tp x penah untung!! Harap2 dpat pahala je laa..Ummi editing guna photoscape je..free download, senang..bole la sikit2.. :)

VG - Hai Vin..Welcome back, missed you so much!! Come here, I wanna kiss n hug you..muaahh, muaahhh! Hope you're fully recovered n getting much better dear!