Monday, February 16, 2009

Apam Ambon

Ni buat petang semalam untuk bawak sikit ke rumah adik ipar yang baru berpindah ke Kuantan nih...dah lama nak ziarah dia, x lepas-lepas lagi..hehe...Gara-gara terpikat tengok kat dapur Zaliana lah ni...memang puas hati...lembut gebu dan sedap sesangat...syaratnya ikut step semua betul2 tau..kalu kata pukul sampai putih dan kembang tu..haa pukul la sampai camtu..hehe..Thanks Za, mmg sedap..nanti nak buat lagi..Akak minta izin C & P je la eh..
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah
Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

8 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

dah lama teringin nak wat nih..

VG said...

The marbling is perfect Kak Ummi and the cake looks so fluffy. I would love a piece right now! Yum, yum.

Mus_Astley said...

Apam Abom... I luv Apam... in whatever form. Gimme Gimme gimme...!!

Anonymous said...

puan, kalu takde tpg halus, tpg gandum boleh tak? Teringin sgt nk cuba

CT Delima said...

amboiii..garang nya color apam ambon K.Ummi ni..tu yang menarik nak merasa ni..bak separuh bole ker hehehe

MamaFaMi said...

Mak ai, lawanya kuih Apam Ambon Ummi ni...

zaliana said...

fullamak..lawanyer kaler dia kak ummi...
guna pewarna merah cap apa tu kak ...
terima kasih kerna mencuba :D

ummi said...

Aishah - ooo dah tu boleh la buat pasni eh..hantar report ke..hehe

VG - Yeap it was really marbeles and fluffy too..You must try this Vin..x nyesal pnyaaa...

Mus - O ya ke..patutlah badan kita mcm apam..sebab kita sama2 suka apam..ekekeke...meh sini Ummi buat lg..

Anonymous - Tepung tu kalu cari di kedai barang2 baking mesti ada pnya, mintak je tepung superfine. Kalu takde gak, rasanya boleh ganti tepung kek, tp xyah letak baking powder la kot..apapun try cari tepung tu dulu..

CT - Aah, kaler tu mmg memarik gabungan putih n merah..lagi rasa nak makan bila dipotong nmpak marble tu..hehe

Mamafami - Lawa ek..hehe dah keterjadiannya begitu Mama..buat penambah selera je..tp mmg sedap ni Mama..sungguh!!

Za - Alah akak guna pewarna merah Star brand tu je..cuma terlebih titis la kot..wakakaa..tp cantik pulak bila terang sikit camtu eh! Thanks for the recipe Za..love u!!