Monday, February 2, 2009

Terung Bulat Berlado

Ni masak campak-campak je...cadangnya nk masukkan dalam apa2 kari ke, tp x jadi lak...so ini lah jadinya..hehe

Bahan:-
  • 2 biji terung bulat - belah 2 dan kerat 2
  • 3 biji cili merah - kisar
  • 4 ulas cili padi - kisar
  • 1/2 labu bawang besar - kisar
  • 1 ulas bawang putih - kisar
  • sedikit belacan - kisar
  • sedikit ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk dan kacau hingga naik bau dan terbit minyak.
  2. Masukkan ikan bilis dan kacau lagi. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan terung dan kacau balik biar rata.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila terung masak, tutup api. Angkat dan hidangkan.

No comments: