Wednesday, February 18, 2009

Ayam Bakar

Ingat nak letak entry ni malam tadi, tapi balik ofis punyalah sakit kepala ni berdenyut-denyut je, maybe cuaca yg panas kot, so Ummi zzzz awal malam tadi..lepas Isyak dah k.o. Ayam Bakar ni menu dinner malam kelmarin sebenarnya, balik lunch tengahari tu Ummi perapkan lah ayam ni..petang balik keje Ummi dah boleh bakar je..so layan je lah ya...Resepi dari Kak Hanieliza jugak ni...sekali la dengan sup krim ayam kat bawah tu...Sedap tau rasa ayam ni..ala-ala rasa satay pun ada...
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (potong 8) - (*ummi wat half je dari resepi ni)

Bahan B (dimesin halus) :-

  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawan merah
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 biji cili merah (jika suka - Ummi letak jugak)

Bahan C:-

  • 1 s/b kicap
  • 1 s/b garam
  • 2 s/b madu/gula (*ummi letak madu)
  • kunyit serbuk
  • minyak + serai yang diketuk (buat renjis semasa bakar ayam)

Bahan Lain:-

  • sayuran seperti salad, carrot, timun, tomato, brokoli & bunga kobis
Cara Menyediakan:-
  1. Gaulkan kesemua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 - 4 jam.
  2. Bakar aam dalam oven pada suhu 200 C selama 30 minit (Ummi bakar api bawah 20 minit dan guna api atas bawah 15 minit lagi).
  3. Renjiskan sedikit minyak dengan serai yang diketuk.
  4. Pusing/terbalikkan ayam dan bakar sehingga ayam betul2 masak.
  5. Bila sudah masak, hidangkan bersama sup krim ayam, potato chips dan sayuran tadi.
  6. Makan dengan pencicah sos kesukaan.

4 comments:

sherry said...

Ummie.

Bestnyer...

Tak terikut kita.

hanieliza said...

salam..
terimakasih la atas kesudian mencuba resepi kakliza..

sib baik jauh berkilometer..kalu tak sure kena pengkeras ayam bako tu...

Salt N Turmeric said...

Kat sini oven takde api atas or api bawah. lol.

Unknown said...

salam ummi.. baru terjumpa link blog ummi dr mmber, memang superb! i like! heheh byk ilmu bleh dapat dari sini. thanks a lot.. ;)

http://atehscorpions.blogspot.com/