Friday, February 20, 2009

Donut Pesona

Malam tadi ada sikit rajin la nak menguli donut lak...Terserempak dengan donut ni kat rumah Dr. Inahar tu..so terpesona la pulak...Resepi asal dari Donut@MyResipi tu..Memang lembut dan gebuuss...paling suka masa perap tu pun sekejap je naik macam tempoh mention kat step tu lah! Jadi cepat naik, cepat siap, cepat lah Ummi boleh tidur..hehe..Biar adunan terlembut sikit, jangan terkeras, dan adjust tepung masa menguli..mesti gebuuuss pnya...Aiman bawak bekal pagi tadi n Ummi n hubby pun makan 2 ketul sorang gak laa sebelum g ofis...Meh kita uli donut..Inahar, akak mintak izin C&P jelah kat cara membuat tu ya..x kuasa dah nak taip..hehe
Bahan:- (20 biji saiz sederhana)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula halus
  • 11 gm (1 paket) yis mauripan
  • 2 sudu besar air suam
  • 3/4 cawan susu cair (*ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telor
  • 3 sudu besar marjerin (suhu bilik)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 titik esen vanila (ummi x letak pun)
  • 1 titik esen ros (x letak jugak)
  • 1 1/4 sudu teh pelembut Bio Bostan (*ummi guna bread softner jek)
Cara Membuat:-
  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian.
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda).
  6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat.
  9. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

5 comments:

Anawahid said...

kak ummi terpesona ku tgk donutmu itewww....

Anonymous said...

Hehe..ada2 jer Ana nih..kalu dah terpesona, bawak keluar la tepung dan bawak2 uli..hehee

VG said...

Vin pun terpersona tengok donut Kak Ummi, he!he!

I just made your apam ambon Kak Ummi....yummynya but unfortunately some water fell in the middle so my apom 'kemek' sedikit kat tengah!!!

Esok nak buat paprik Kak Ummi pulak.

MamaFaMi said...

Mama terpesona tengok Donat Pesona Ummi ni. Sib baik tak naik kereta Persona untuk dapatkan Donat Pesona kat Ummi... hehehe..

nurul haziqah said...

assalamualaikum puan.. mcm mana nk pastikan donut x berubah bentuk ble nk goreng