Friday, February 6, 2009

Pau Chef Li

Semalam Ummi ternampak kuih pau ni kat rumah Zaliana dan mulalah terpikir nak buat pau sebab ada lagi lebihan inti kacang merah dah lama gak dalam fridge tu, baik habiskan...Betul cakap Za, memang lembut, gebu. Bila perap pun, sekejap jek naik...Yang Ummi ni kalu ikutkan dah terlebih naik dah...duk asyik wat keje lain, lupa pau ku dah terlebih naik..hehe..Resepi asal oleh Chef Li, dikutip oleh Za kat rumah Mat Gebu, now Ummi lak kutip dari Za....kepada semua..thanks...Ummi buat half dari resepi asal ni..

Bahan:-

  • 1 kg tepung pau (hongkong flour)
  • 8 gm yis kering
  • 18 gm baking powder
  • 100 gm gula
  • 30 gm shortening
  • 10 gm voltex/bread improver
  • 2 sudu teh ovalette
  • 500 gm air

Cara Membuat:-

  1. Masukkan kesemua bahan kering dan gaul rata dalam mixer/mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul rata.
  3. Masukkan pula yis dan gula. (Ummi dah gaul yis dan gula dengan bahan 1)
  4. Masukkan shortening. Uli lembut.
  5. Bentukkan doh kecil-kecil dan isi inti. Letakkan doh atas kertas baking yang telah dipotong2 kecil. Susun dalam bekas kukusan.
  6. Peram selama 20 - 25 minit (*ummi dah peram hampir sejam)
  7. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan letakkan kukusan yang berisi doh tadi selama 8 - 10 minit.

6 comments:

zaitgha said...

selalu datang sini cuma tak tinggal jejak jer....bila la i nak try pau pulak?

ummi said...

Zai, sama lah dengan Ummi, selalu jenguk dapur u..terpegun tgk cuppies u, lupa nk tggal jejak..this one very nice Zai, got to try this.. :D

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sedapnye nampak pau nih...nasik kat bawah tu pon geram je nengok...

zaliana said...

ehh patut dari jauh bau dah pau kak umi ni!! ni z jalan2 nak cari resipi roti yg gebus gebus kat sini :D

halen said...

kak ummi.. minta pau seketul. sy pun buat pau grg mlm td tp x snap gambar lorrr x ble nk update blog hehe..

shima said...

sedapnyerrr pau...lama sungguh x geget pau kacang merah nih!!