Friday, February 27, 2009

Akak Nak Bercuti Kejap Eh... (*_*)

Haiii...Akak nak balik kampung dah lepas solat Jumaat ni...hehe..Ya lah sempena kenduri kahwin adik perempuan akak pada hari Ahad ni (1 Mac). Sebenarnya dari semalam lagi akak dah cuti menguruskan beberapa hal yang berkaitan. Petang semalam pulak start projek baking muffin pandan blueberi tu sebagai salah satu yang akan dimasukkan ke dalam beg untuk group marhaban...sikit jek..x sampai 100 biji pun...tapi sebiji muffin pun dah besar gedebak...mesti kenyang kalu pekena sebiji tu..! Bersengkang mata lak Ummi, hb dan Najiha duk bungkus satu-satu muffin tu malam tadi...
Dan pagi ni pulak akak bz duk buat 2 "tipuware" (bkn tupperware la tu..) rainbow pudding dan 3 loyang kuih bakar tuh...Saja la bawak balik untuk orang makan-makan sambil wat keje petang ni..Mak cakap lepas asar nnt dah mula acara membuat kerisek..biasalah orang kampung kan, nak buat sendiri ramai-ramai..Kalu ikut Ummi nak beli je kerisek yang melambak kat pasar besar tu..tp mak kata kang orang datang xda nak buat apa pulak...Pulak dah!! Bagus la kalau xda nak buat apa kan, kan?? Hehe..Ya lah adat orang kampung berkenduri, gitu laa..Padahal, kenduri xdalah besar mana pun, sebab orang kampung dah x ramai mana sangat, tp nak jugak bergotong royong segala kan...Esok pulak acara mendirikan khemah dan mengupas bahan masakan dan petangnya salah seekor lembu yang abah Ummi ternak selama ni (rasanya ada 15 or 18 ekor kalu x silap) akan disembelih. So, dari petang ke malam tu acara melapah daging dan memasak rempah la kan..
Okay lah..kain baju baru je packing...so, tinggal dulu la u all eh..Kalu selongkar dapur akak ni pandai-pandai la kemas balik eh..kang bersepah segala, akak balik tengok Cik Iti n Cik Pas lak menjamu selera..hehe..
Eh lupa, Ummi jemputlah jugak sesiapa yang lapang dan sudi untuk bertandang ke majlis kahwin adik Ummi ni di rumah my parents di E-28, Felda Kampung Awah, Temerloh...

7 comments:

Ummu Aqil said...

wah rajin nyer akak...kim salam kat adik...selamat pengantin baru tuk dia...

sakurasa 2 said...

Selamat pengantin baru buat adik Ummi

siti noriza saleh said...

nanti nak resepi muffin tue kak..selamat bercuti

drNO said...

selamat pengantin baru utk adik kak umie.

dila~noor said...

ni yg kagum ngn kak ummi nie..
ngn kejernye, dapo btl,dapo blog ngn komitmen to fmly..
salute r..

takpe kak ummi..berkat hidup cmnie =)sbb tlg org,share recipi ngn ktrg..hehe

Anonymous said...

Selamat Pengantin Baru Utk Adik Kak Ummi......

Anonymous said...

Salam semua, terima kasih atas doa dan ucapan buat adik perempuan akak tu...Moga2 dia bahagia hingga ke akhir hayat...amiinnn..

Sorilah x dpt update gambar lg, tengah editing sikit2..maybe sehari dua lg akak letak la gambar majlis tu sikit eh..tu pun bkn akak yg snap gambar, sikit2 je..bz laa..harapkan my daughter Najiha tu jek! Akak bz layan tetamu lee..hehe..Badan pun masih penat lg..sabar eh.